19 DISEMBER 2015 | SABTU
MASJID AT-TAQWA, GITA
Mukasurat 6
Buang air besar/kecil
- Ada tempat disediakan (Jamban >> جمبن Jalan masuk buang najis)
- Tiada tempat disediakan (Dalam hutan, kawasan lapang, pokok, etc.)
- Ada adab2 tertentu
TEMPAT LAPANG/SEMAK
- Haram menghadap/membelakang kiblat
- Kalau ada dinding (pokok / bukit / semak), maka tak apa. Haram tidak, makruh pun tidak. Dengan syarat.
- Jarak (untuk qada’ hajat) dari dinding hendaklah kurang dari 3 hasta. Kalau lebih, haram menghadap/membelakangi kiblat.
- Tinggi dinding minimum 2/3 hasta. Jika rendah dari itu, HARAM juga menghadap/membelakangi kiblat
- Kalau memang ada tandas disediakan, maka tak ada masalah, BOLEH menghadap/membelakangi kiblat.
ADAB MASUK TANDAS
- Langkah masuk kaki kiri dahulu (Sunat baca doa masuk tandas SEBELUM masuk tandas di m/s 6).
- Kalau dah termasuk sebelum baca doa, boleh baca dalam hati (makruh).
- Kalau tiada kaki kiri, masukkan tongkat dahulu, baru langkah kaki kanan.
- Pakai alas kaki (selipar). MAKRUH tidak memakai alas kaki.
- Sunat keluar dengan kaki kanan. Baca doa keluar dari tandas (SELEPAS keluar m/s 6)
❗️Jangan pandang kemaluan
- Saidina Ali ra tidak pernah memandang kemaluannya dan kemaluan isterinya. Sekelilingnya juga. Sifat malu yang tinggi.
❗️Tanda otak kurang aktif ialah dia suka cium bau yang busuk.
4. Elakkan kencing berdiri.
- Nabi ﷺ pernah kencing berdiri (bagi menunjukkan HARUS kencing berdiri). takwil para Ulama:
- Tempat Nabi ﷺ buang air tu ada banyak najis (takut memercik)
- Nabi ﷺ sakit lutut
- Adat orang Arab, bila sakit belakang mereka akan kencing berdiri.
- HARAM kencing berdiri kalau tiada air memercik
- WAJIB berdiri kalau kelihatan najis
❓ Boleh tak buang najis di tempat awam?
- WAJIB buang air di tempat awam kalau tempat itu tempat bermaksiat. Supaya tiada yang membuat maksiat di situ.
❓ Boleh tak buang air menghadap matahari/bulan?
- Tidak dibenarkan membuang air menghadap matahari/bulan kerana banyak jasa kedua2nya
5. Jangan buang air berlawan dengan arah angin
6. Kalau buang air di kawasan lapang, pastikan jauhhhhhhhh dari semua orang. Suaya tidak kedengaran bunyi membuang air.
7. Setelah buang air kecil, sunat untuk berdehem2.
- Lelaki >> urut kemaluan
- Perempuan >> tepuk paha kiri/kanan
9. Cara duduk buang air - Sunat mencangkung dan kaki kanan dijengketkan
10. Jangan berzikir.
11. Kalau termasuk tandas memakai cincin, segera buka & masukkan ke dalam mulut.
12. Tutup kepala. Boleh juga tutup atas kepala guna tangan.
13. Jangan bercakap semasa buang air.
❓ Bagaimana dengan orang yang tangan kirinya tidak dapat capai kepada kemaluan untuk mencuci?
- Boleh cuci dengan tangan kanan