Habib Kadzim bin Ja`far bin Muhammad al-Saqqaf bersusur galur keturunannya dari Imam-Imam besar, Sheikh `Abd al-Rahman al-Saqqaf dan al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin `Ali terus bersambung kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Beliau dilahirkan di Tarim, Lembah Hadramawt Yaman pada tahun 1967 dan telah menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan Habib Sa`d bin `Alawi al-`Aydarus di madrasah terkenal kepunyaan Imam Muhammad Abu Murayyam. Beliau juga telah menuntut ilmu di Ribat Tarim dan mengambil ilmu daripada ‘ulama-ulama di bandar Tarim.
Habib Kadzim kemudiannya meninggalkan Tarim untuk menuntut ilmu daripada Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar di ribatnya di al-Bayda’, utara Yaman. Beliau juga belajar daripada Habib Zain bin Ibrahim Bin Sumait di ribat tersebut dan Habib Ibrahim bin `Aqil bin Yahya di Ta`izz.
Sekembalinya ke Hadramawt, beliau mencurahkan seluruh tenaganya untuk membantu Habib `Umar bin Hafiz dalam kegiatan dakwah untuk mengingatkan orang ramai kepada Allah. Beliau aktif terlibat membantu menghidupkan semula Islam di kawasan yang pernah ditakluk oleh rejim sosialis di Selatan Yaman.
Beliau pernah menjadi pengetua Ribat al-Shihr untuk enam tahun dan kemudiannya memegang jawatan sebagai pengetua Ribat al-Mukalla’ selama dua tahun.
Sebagai seorang ‘ulama yang amat dihormati, Habib Kazdim mempunyai pengetahuan mendalam dalam pelbagai bidang ilmu termasuk Fiqh, Sirah, `Aqidah, Usul dan terutamanya dalam bidang Hadith dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya.
Habib Kadzim telah menjalankan banyak kembara dakwah untuk mengingatkan manusia kepada Allah. Beliau telah mengembara ke Asia Tenggara, United Kingdom, Australia, Kanada dan beberapa negara lain di Eropah.
Kemana sahaja beliau pergi, masyarakat setempat akan tersentuh hati dengan akhlak dan sifat tawaddhu’ beliau. Beliau sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menunaikan hajat semua yang meminta kepadanya. Gaya percakapan beliau yang unik menyegarkan dan memenuhkan jiwa pendengar dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Nasihat dan kata-katanya yang penuh hikmah banyak membantu menyemai benih untuk orang yang mendengarnya berbuat kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Jika tidak keluar berdakwah, Habib Kadzim mengajar dan menjadi Kounsil Hukum Syariah di Dar al-Mustafa, Tarim.