CADANGAN BONDA
Dalam bulan Februari, bonda tiba menyuarakan untuk ana lakukan lasik. Mungkin bonda dah malas tengok ana asyik membeli kanta lekap untuk mata ana (ana malas betul pakai spek) Ana fikir banyak juga mengenai ini. Jadi ana mula buat research.
Bila cakap pasal lasik, memang ana tak ingat orang lain. Hanya Profesor Dr. Muhaya. Walau ana tahu ada pakar-pakar lain, tapi, Prof Muahaya adalah satu ikon yang berbeza, dan ana yakin melalui pengembaraan lasik bersama Prof Muahay akan menjadi satu pengalaman yang indah indah ngeri macam tu. Hehe

TEMUJANJI
Ana search bersama Dr. Muhaya, dan jumpa beberapa blog menceritakan pengalaman mereka melalui pembedahan lasik tersebut. Ana tengok video-video juga daripada Youtube As-Sohwah. Oh....Matamu di belai2. NGAAAAAA!!! Menakutkan. Tapi, damai kot, sebab mendengar zikir2, yang dimainkan. Makanya pada 14 Februari 2015, ana Whatsapp ke nombor yang diberikan dalam Facebook bertanya mengenai prosedur untuk melakukan pemeriksaan dan seterusnya pembedahan. Dapat jawapan, dan berbincang dengan bonda, 17 Februari 2015, ana Whatsapp lagi dan set tarikh 17 Mac 2015 untuk temujanji pertama buat pemeriksaan.
Aiwah!
Sebenarnya, tahu mata ada masalah, tapi, apa. Tak pernah tahu apa. Cuma sentiasa doa, agar masalah itu dapat disembuhkan, mudah-mudahan.

TIBA HARINYA
Bonda baru kembali dari mengerjakan umrah, 15 Mac 2015. Bonda rehat 1 hari. dan pada malam sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, ana dapat personal mesej daripada Prof Muhaya sendiri. Beliau mengingatkan temujanji dan beliau mengingatkan untuk membawa sunglass, dan menepati masa.
17 Mac 2015
Kami menaiki flight pada 7am.. Flight berangkat awal 6:50 am. Mungkin kerana semua sudah bersedia dan line clear. Maka kami tiba di KLIA2 pada jam 8:30 tapi kapal terbang masuk terminal betul-betul jam 8:45pagi. kami menaiki teksi, sampai di Klinik prof Muhaya di Kajang pada jam 9:30 tepat. Nervousnya. Allahuakbar! Kami diberi penjelasan oleh petugas di kaunter pendaftaran. Ya, ana kena bersedia dengan apa saja keputusan, samada akan diadakan lasik atau tidak. Kami dibenarkan menyimpan bag kami di satu bilik rawatan. Baiknya mereka ni, SUBHANALLAH!

Jadi, ana baru nak masuk surau nak menunaikan Solat Dhuha. Terdengar nama dipanggil. Nervous punya pasal, ana dengar nama ana dipanggillah. Maka ana pergi buat pemeriksaan. Dah hampir habis pemeriksaan di bilik pertama, diperiksa oleh 2 orang optician kerana yang seorang tu tak berani nak buat kesimpulan, baru tahu rupa-rupanya nama orang lain yang dipanggil tadi. Ha Ha Ha Ha tengok tu! Tapi, mereka teruskan sahaja. Kemudian, dia suruh ana tunaikan dulu Solat Dhuha sementara tunggu pemeriksaan seterusnya.
Masa nak mula solat, terdengar pintu hadapan terbuka, dan dengar suara Prof Muahay menegur seseorang dengan mesra sangat. "MasyaAllah, Subhanallah....." Itu je ana sempat dengar, lebih dari tu, tak dengar dah.
Selesai solat, tunggu lagi. Tak lama kemudian, ana dipanggil masuk ke bilik kedua. Allahu Allah.... Hanya DIA tahu penatnya mata ni. Tapi kata-kata daripada mulut mereka semua sangat menyenangkan, nak komplen memang tak mampu, tak ada apa yang hendak di rungutkan. Ada beberapa jenis ubat dan juga antibiotik dititiskan ke dalam kedua-dua belah mata ana. Pandangan jadi semakin terang silau. Dengan cahaya2 daripada mesin-mesin yang digunakan.
"Open your eyes wider, please..."
"Besar lagi...ya ya....Bagus...."
"Ok...wonderful...great... still.. blink...blink twice..."
dan banyak lagi. Begitu lembut. Ana rasanya lama dah tak buat apa2 pemeriksaan. Dah lama tak jumpa doktor atau nurse. Ha Ha Ha Ha sampai lupa layanan-layanan mesra daripada petugas-petugas perubatan ni. Tapi wajah mereka agak merisaukan. "Mesti ada yang tak kena ni.." dalam hati ana. Lepas sorang, seorang lagi periksa mata ana. banyak soalan dia tanya.
"Pernah accident?"
"Ada apa2 kejadian yang beri impak kuat?"
"Silau macam mana?" dan banyak soalan. Ana jawab seadanya.
"Something wrong with my eyes?"
"Erm.. it's just that you're too young."
"For...?"
"Cataract. Suspected lah.."
"Oww.." Sebenarnya tak ada idea apa katarak.
"What's the symptom for cataract?"
"Silau is one of it... You don't have to worry. You're eyesight is still good. Just wait. later you'll meet Dr. Muhaya. She will tell you."
Tak tahu nak nervous ke tak. Sebab masih tak tahu apa bahayanya dan sebagainya. Tapi dah agak, no lasik for me.

JUMPA PROF. DR. MUHAYA
Akhirnya, ana dipanggil untuk jumpa Prof Muhaya. Beri salam. MasyaAllah, tengok beliau senyum pun dah melegakan. Beliau suruh duduk di kerusi merah. Kerusi yang ana duduk dalam gambar sebelah ni. beliau mula periksa mata ana dengan satu mesin dalam biliknya ni. lepas tu ada cahaya terang, adui. Tapi, sakit tu tak seberapa kerana semuanya berlaku dengan keadaan sangat tenang. Kata-katanya sangat menyenangkan. Puji-pujian kepada Allah tanpa henti. Kita rasa sangat senang dan tenang. Subhanallah........
"Saya ambik gambar ye. Easier to explain it to you. Sorry, sakit sikit yer, cahaya terang ni. Tahan sikit ya. Minta maaf. Subhanallah. You're good." Banyak lagi. Mulutnya tanpa henti mengucapkan yang baik-baik sahaja. Mana tak hati ni berbunga-bunga. Then, beliau jelaskan, sambil tunjuk gambar di monitor. Kedudukan katarak di anak mata ana. "Subhanallah. Tengok ni. Allah ni bagi kita perkara yang kita tak jangka kan? Dia letak di tengah-tengah ni. Nampak tak? Same goes for the other eye. Subhanallah. Ana tengok dia tunjuk kedudukan lingkaran yang nampak. Dua-dua anak mata, kedudukannya sama. "You see. You are born with this cataract. The position shows that it grow as you grow. Sebab tu sebelum ni mungkin tak perasan sebab dia kecil. Since when you rasa silau ni?" |
"Silau tu lama dah, tapi macam makin teruk sejak kerja la. Because I drive every morning after Subuh kan.. Kereta banyak from the other side. Mungkin tu lah sebabnya. Agaknyala...."
"But your eyesight is good. Very good. Rabun tu biasa. Your eyes structure sangat bagus. Since you're still very young. Cuma katarak tu je ada kat situ. Subhanallah. Anugerah Allah kan? Kita tak tahu apa tujuan Dia bagi, tapi Alhamdulillah sebab masih boleh nampak. Now that you know, pun Alhamdulillah kan? Kuasa Dia, hikmah Dia beri ni. MasyaAllah, and how He brought you here. How do you feel?"
"I'm alright, prof"
"Ada sakit-sakit lain? Diabetes? Your blood pressure? okay?"
"Semua tu tak ada, prof."
"MasyaAllah! That's good."
"So, memang tak boleh la saya buat lasik kan, prof?"
"I'm so sorry. Memang tak dapat. Katarak tu kena remove. But we don't have the facilities here. But I'll recommend you to a good doctor. Dr. Khairuddin (if I'm not mistaken..lupa pula). he's at Prince Court. But the thing is, he's only available on Saturday."
"Erm, but prof. i'm going back to Kuching this Thursday."
"Oh?? Kuching? Oh. Good. I have one good doctor there. Dr. Mahadir. He's my best student. he's very good and you dont have to be worry."
Dr. Mahadir? Macam pernah dengar.
"Dia kat hospital mana, prof?"
"KPJ. (Calling her staf), you cari number Dr. Mahadir, and tell her about Khadijah's condition. Don't worry ya. We'll make a report, nanti bagi je pada dia, dia tahu apa nak buat."
Terus je staf dia SMS Dr. mahadir. MasyaAllah!
"Kalau lepas buang katarak, tak perlu lasik la ya?"
"Tak. Sebab nanti dia akan ganti lens tu until almost 0 deg. InsyaAllah akan clear."
Ooooooo....
"Ala.. saya nak amik gambar dengan doktor, bole? Tapi kamera saya kat luar. Bole saya ambil dulu?"
"Boleh2... bawa masuk...kita tangkap gambar..." Mesranya...... Ana keluar sekejap, amik kamera. Masuk semula, dan staf beliau tolong ambilkan gambar.

Ucapan Basmalah sentiasa di bibirnya. MasyaAllah, Subhanallah, mainan bibirnya. Selesai mengambil gambar, ana bersalaman dengan beliau. Kemudian, terus beliau mendoakan ana bersama senyumannya. MasyaAllah, hati ke hati. Entah kenapa semudah itu ana mengalirkan air mata. Beliau mengingatkan ana sekali lagi akan kebesaran Allah dan bagaimana ana perlu bersyukur akan kurniaan Allah untuk ana kali ini. Beliau mendoakan agar Allah permudahkan segalanya untuk ana, bertemu jodoh yang baik, yang soleh, berjaya dunia akhirat. Beliau mendoakan agar ana kuat menghadapi apa saja. Kata-kata beliau mudah, tapi kesungguhan beliau menyentuh lubuk hati paling dalam.
Ana harap akan dapat bertemu dengan beliau lagi. Wanita ini memang inspirasi. Bersyukur kepada Allah, walaupun, terbang beribu2 km, untuk sesuatu yang bernilai RM7K. Tapi Allah tak izinkan dan hanya membayar kos RM660 untuk sesi pemeriksaannya. Tapi bagi ana, apa yang ana alami ini melebihi RM7K tersebut. Sedikit pun tiada rasa gentar di hati, masyaAllah. Sedikit pun tiada rasa nak mengeluh atau merungut. PERTAMA KALINYA.
Dan ibu dengan sabarnya menanti. Dari ana kecil sehingga sekarang, ibu sentiasa sabar menemani ana ke mana sahaja.
Sesi habis dalam 12.30 tengah hari. Kami menunggu sehingga Zohor baru bergerak menuju destinasi seterusnya. Seremban 2. Baiknya staf-staf Pusat mata & Lasik Prof Muhaya. Langsung tiada merasa kekok. Lepas menyelesaikan bayaran, mereka bantu buat panggilan untuk teksi. Benarkan kami menunggu di dalam. MasyaAllah. Kenangan yang melebih nilai. Alhamdulillah. Terima kasih, ibu. Terima kasih, Prof Muhaya.