USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI
BIODATA
(Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari)
Dilahirkan dalam tahun 1981 dan berasal dari Kluang Johor. Mengambil pengajian Tahfiz al-Quran 30 juzuk di wilayah Pattani Darussalam, selatan Thailand. Setelah tamat pengajian tahfiz, menyambung pengajian dalam bidang Tafsir, Hadith dan Perbandingan Agama & Mazhab di Johannesburg, Afrika Selatan selama 7 tahun sehingga mendapat kelulusan dalam jurusan Ilmu Syariah dan Hadith.
Setelah itu, mendalami pengajian khusus Feqah Imam Syafiee, Ilmu Tarbiyah, Tasawwuf dan kaedah Dakwah di Pusat Pengajian Darul Mustafa,Tarim, wilayah Hadhramaut, Yemen selama 3 tahun. Ketika di Hadramawt, Yemen, pernah dilantik sebagai Ketua Pelajar Malaysia (PERMAYA).
Buat masa ini, menjadi pemimpin Majlis Ta'lim Darul Mujtaba di Kuala Lumpur, Ahli Jawatankuasa Unit R&D dalam Pertubuhan NGO Kesedaran Melayu Dan Islam (KEMUDI), Ketua Biro Dakwah kepada Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) disamping melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Ketamadunan Dan Falsafah Islam di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia atau UTM Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
Selain itu, turut menjadi penceramah bebas di dalam dan luar negara, menjadi penterjemah kepada alim-ulama yang datang dari dunia Arab, khususnya dari Hadhramawt, Yaman, serta bertindak sebagai panel penceramah untuk modul-modul yang disusun oleh NGO KEMUDI. Menerima jemputan berceramah di TV Al-Hijrah, Astro Oasis, RTM dan radio IKIM.
Menguasai Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Bahasa Melayu.