S·R·i·D·i·D·i·e
S·R·i·D·i·D·i·e
  • DIDIELOBBY
  • DIDIEBLOG
    • DOA MAJLIS ILMU
    • PUISI
    • DUNIA
    • HEBAHAN MAJLIS ILMU >
      • 1437H (2015/2016)
      • MAHABBAH 2018
    • NOTA AGAMA
    • KISAH & TELADAN TOKOH2 ISLAM
    • BIOGRAFI GURU >
      • HABIB ALI BIN ZAENAL ABIDIN AL-HAMID
      • HABIB NAQJAMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED
      • SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
      • USTAZ AZAHAR HASHIM AL-HADRAMI
      • HABIB KADHIM BIN JA'FAR AS-SAGGAF
      • USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI
    • AMALAN HARIAN >
      • RATIB AL-HADDAD
      • WIRID AL-LATIF
      • YA QAWIY
      • KITAB SELAWAT BARAKAT MAKKIYAH
      • SELAWAT KUBRO
      • ZULHIJJAH
    • BLOG MUJADDIDI
    • SLIDES QASIDAH
    • REKAAN
    • FOTOGRAFI
  • DIDIEGALERIA
    • VIDEO
  • PRASEKOLAH
    • BLOG
    • MEDIA
    • MUAT TURUN
  • SRI DIDIE
  • YOUTUBE
  • AL-KISAH
    • KEMBARA CINTA
    • KRONOLOGI AINUN
  • AHBABUL MARDHIYAH
    • MAULID ADH DHIYAUL LAMI'
  • DOKUMEN
  • DIDIELOBBY
  • DIDIEBLOG
    • DOA MAJLIS ILMU
    • PUISI
    • DUNIA
    • HEBAHAN MAJLIS ILMU >
      • 1437H (2015/2016)
      • MAHABBAH 2018
    • NOTA AGAMA
    • KISAH & TELADAN TOKOH2 ISLAM
    • BIOGRAFI GURU >
      • HABIB ALI BIN ZAENAL ABIDIN AL-HAMID
      • HABIB NAQJAMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED
      • SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
      • USTAZ AZAHAR HASHIM AL-HADRAMI
      • HABIB KADHIM BIN JA'FAR AS-SAGGAF
      • USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI
    • AMALAN HARIAN >
      • RATIB AL-HADDAD
      • WIRID AL-LATIF
      • YA QAWIY
      • KITAB SELAWAT BARAKAT MAKKIYAH
      • SELAWAT KUBRO
      • ZULHIJJAH
    • BLOG MUJADDIDI
    • SLIDES QASIDAH
    • REKAAN
    • FOTOGRAFI
  • DIDIEGALERIA
    • VIDEO
  • PRASEKOLAH
    • BLOG
    • MEDIA
    • MUAT TURUN
  • SRI DIDIE
  • YOUTUBE
  • AL-KISAH
    • KEMBARA CINTA
    • KRONOLOGI AINUN
  • AHBABUL MARDHIYAH
    • MAULID ADH DHIYAUL LAMI'
  • DOKUMEN

KAMU

11/5/2016

0 Comments

 
0 Comments

RINDUNYA

24/4/2015

0 Comments

 
Dia sebaik2 contoh..
Dia sebaik2 nasihat...
Dia sebaik2 akhlak...
Dia lah adiwira...
Dia, Rasulullah ﷺ 

Kita hanya perlu berbuat baik..
Dan hanya buat baik...
Tak ada lain hanya buat baik...
Tunaikan hak orang lain...
iaitu untuk kita berbuat baik kepada mereka...
balasan orang pada perbuatan kita itu, bukan lagi hak kita...
Usah kita fikirkan hak kita...
Itu ketentuan Yang Maha Esa...

Dan jatuhnya pandanganNya...
Pada hati kita...
Pada hati kita....

Kita hanya perlu berbuat baik...
Bukan untuk dihargai sesiapa...
Bukan untuk pahala yang berlipat ganda...
Bukan juga untuk syurga...
Tapi semata-mata untuk Allah redha...

Bukan mudah untuk buat Allah redha...
Berperang dengan kehendak dan nafsu kita...
Tapi bukan penghalang untuk diteruskan juga...
Berbuat baiklah kepada semua tanpa berkira2...
Buat baik kepada semua...
Sehingga ianya menjadi darah daging kita....
Darah daging kita...
Darah daging kita....

Ya Rasulullah... rindunya...
Maafkan Khadijah kerana selalu lupa...
Lupa menyampaikan kepada mereka walau satu kata...
Lupa mengingatkan yang kau teladan semesta...
Hendak berkata2 tapi tak terdaya...
Kerana risau hati semua orang terluka...

Ya Rasulullah... rindunya...
Maafkan Khadijah kerana terleka...
Sehingga terlepas satu sengketa...
Sedihnya, ya Rasulullah...
Sedihnya...
Sedihnya...

Ya Rasulullah...rindunya...
Maafkan Khadijah kerana begitu lemah imannya...
0 Comments

WAKTU

13/1/2015

0 Comments

 
Waktu
Membias ramai tak sedar
Terpukau pada dunia
Hanyut kerna alpa...
Mati tak tunggu tua....

9:09pm

0 Comments

RAHMAT ALLAH & PESAN GURU

25/9/2013

0 Comments

 
Teringat satu kisah mengenai rahmat Allah......

Kita sering berlindung dari rahmat Allah,
Kita sering mengeluh kerana rahmat Allah,
Kita sering marah akan rahmat Allah.....

Jarang sekali kita bersyukur,
Kerana hanya kesusahan merajai iman kita...
Rahmat yang dilihat sebagai bala..
Kita mula gundah gulana serba tak kena...
Jarang kita melihat apa ada disebaliknya...

Jarang sekali kita bersyukur....

الجمد لله.....

Allahumma sayyiban nafi'an...
Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat...

Kiriman di atas di FAcebook ana semalam 24 September 2013...Paling beruntung kerana Tuang Guru yang dikasihi telah komen dan memberi kata2 perkongsian sangat bermakna kepada ana...MasyaALLAH....

"Allah beri hujan pun betul dan Allah beri kemarau pun betul ini d namakan REDHA X complain kerja Allah mudahan kita sampai Maqam ini bila ada sifat Sidiq (benar) maka apa yg Allah beri adalah benar belaka..sekadar pandangan dan kongsi Bab Redha" - YM Syeikh Dr. Haji Md. Radzi bin Ustaz Haji Hanafi al-Qadahi
0 Comments

AKAL & IMAN

22/1/2013

0 Comments

 
Hati..... :) Sabar...

Masih akal yang menang...
Akal menguatkan hati pada yang benar...
Akal menipu hati pada yang berdusta...

Apabila akal melangkaui iman......

#istighfar
0 Comments

HUJAN

16/11/2012

0 Comments

 
Musim hujan macam ni, adalah sikit idea...
Rintik-rintik hadir tanpa dipinta...
Ada yang bersorak gembira...
Ada yang kerisauan tak tentu hala...

"Alhamdulillah, tiada kering kontang...
Alhamdulillah, tumbuhan tiada yang mati...
Alhamdulillah, syukur kerana rahmatMu.."

"NAuzubillah, jauhilah bumi dari bencana...
Nauzubillah, Jauhi bumi dari kemusnahan...
Nauzubillah, sesungguhnya kami banyak dosa...."

Adakah ini rahmat?
Atau adakah ini dugaan?
Ada 
0 Comments

TAMAN RAHSIA

22/9/2012

0 Comments

 
Di mana letaknya
taman rahsia itu?
Ramai mencari
namun tak bertemu

Ramai yang bertanya
Namun tiada jawapannya
Yang cuma ada, jalannya

Di manakah taman rahsia itu?
Mungkinkah di sebalik rimbunan berduri itu?
Dilindungi kemas, siapa tahu?

Mereka percaya
Wujudnya taman rahsia itu
Biar sukar untuk ditemu

Ada yang sudah jumpa di mana
Tetapi, pintunya gagal dijumpa
Ada yang sudah jumpa pintunya
Biar berbalam terluka
Malangnya, tidak serasi kuncinya

Datang membawa harapan
Pulang membawa kekecewaan
Ramai yang berusaha
Ramai juga yang berputus asa
Tiada yang cukup berani mencuba tuk kali kedua

Taman rahsia tetap dengan rahsianya
Menunggu
Di situ
Sehingga sampai waktu
Akan ada tetamu
Bersama pembawa kunci itu
Hanya SATU


0 Comments

DIAM KU

23/6/2012

0 Comments

 
Diamku
Bukannya kosong

Tetapi, aku harus tahu
Diamku, membuat mereka tertanya2
Diamku, membuat mereka bercerita
Diamku, membuat mereka risau

Mereka tidak tahu
Diamku membawa banyak rahsia
Agar getaran peti suara tidak memecahkan segalanya

Biar apa watak dunia nak berkata
Kerana apa yang ku ada
Pasti akan ditarik semula
PAda satu ketika
Bukan HAK mereka
0 Comments

BILA BERGURU

15/6/2012

0 Comments

 
Picture
Bila berguru,
jangan sampai taksub... 
Gunakan akal... 
Jangan mudah terpengaruh... 

Harus berhati2 dengan kebaikan mendadak... 
Hati2 jangan sampai harga diri keluarga tergadai terjebak... 
Bila dengar orang bercerita, 
jangan sebar membuta tuli...
andai berita itu fitnah, 
anda yang rugi... 
Rajin bertanya, jangan ya ya sahaja... 
Ilmu yang ada, jangan disalah guna... 
Berpada-pada...


Kita belajar sikit-sikit..
lama2 jadi bukit...
belajar harus banyak SABAR...
usah gelojoh, usah gopoh...
Peringkat demi peringkat...
perlahan-lahan tak apa...
Janji destinasinya tetap sama...
 jika mula tamak, syaitan mula masuk tolak2... 
Belajar ini, belajar itu...
kononnya dah banyak ilmu..
ya si laknat masukkan sifat bongkak...
"Aku baik, mereka jahat.."
Aku, kau..Kau, aku...

Guru sebenar guru, 
membawa kita lebih dekat 
kepada cinta Dia dan cinta RasulNya...
Bukan pada diri dia sendiri..
Renung diri anda, 
siapa yang anda benar2 banggakan? 
Hebatkah anda bila dapat bersama berhimpun berjuta2? 
Merah? Kuning? Hijau? Hitam? 
Banggakah anda himpunan mana paling ramai? 
Siapa yang berjaya? 
APA SEBENARNYA YANG ANDA MEGAHKAN? 
Apa ada pada warna, 
jika yang di dalam hati itu..............................

Mendampingi guru bukan kerana guru, 
tapi kerana Allah Ta'ala...
kerana Dia punya....

Wasatiah...sederhana..



0 Comments

BONEKA BIRI-BIRI

21/6/2011

0 Comments

 
Picture
KAU mencari boneka mudah..
Boneka biri-biri...
Berbajetkan istilah lama kenal ...
Sahabat sejati....

Pastinya boneka biri-biri itu 
Kau dianggapnya SAHABAT...
SAHABAT...? 
hakikatnya, satu isi KAU dia tak tahu....
hanya dia melihat kulit, siapa tahu~~ 

Sana sini kau menagih simpati..
kau balik semula pada boneka biri-biri..
kasihan boneka biri-biri...
Pastinya tak menyangka...
Insan yang dianggapnya SAHABAT cuma
Juga sekian lama cuba membakarnya 
Tapi, RAHSIA....(oops!)

Cuma, kau kurang sedar...
Lama kenal tidak semestinya kenal.......
Aku mungkin banyak khilafnya.
Berbanding kau dikatakan terbaik segalanya.....
Sekurang-kurangnya aku tidak berpura-pura...

Walau kau bersembunyi disebalik boneka biri-birimu...
Aku tahu, kau ada dibelakang itu
__________________________________

Sekian..Makaseh/.......
Tak ada ritma..tapi, bolehlah!!!

Wassalam


0 Comments
<<Previous

    PUISI

    An ordinary woman living an extraordinary life :)

    Archives

    May 2016
    April 2015
    January 2015
    September 2013
    January 2013
    November 2012
    September 2012
    June 2012
    June 2011
    October 2010
    August 2010
    April 2010
    October 2007

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
Photo used under Creative Commons from Svadilfari