Sedikit perkongsian oleh Maulana Jamal semasa menziarahi di madrasah beliau :
"Kenapa kita rasa berat beribadat? Roh kita perlu makanan sebagaimana tubuh badan kita. Tapi makanannya ialah zikir.. Badan kita perlukan makanan seperti nasi, ikan, ayam dan sebagainya tapi itu hanya dapat dimakan semasa badan kita sihat. Bila kita tak sihat, kita cuma makan sikit sahaja seperti bubur, sup dan lain². Walaupun sakit, kita mesti makan kerana jika tidak makan badan akan semakin lemah. Bila sudah sihat semula barulah kita makan nasi, ayam dan lain². Dan makanan seperti ini khasiatnya ialah memberi tenaga pada badan kita.
Begitu juga dengan roh, kita solat banyak, rajin berzikir, banyak membaca al Quran bila roh kita sihat. Tapi masalahnya roh kita tak sihat sekarang, sebab tu kita ibadat sikit². Walaupun bagaimanapun, utk roh itu kuat kembali hendaklah dengan berzikir selalu, ia ibarat seperti bubur, sup dan makanan yg sesuai kita makan semasa sakit. Apabila roh sudah sihat barulah zikir 10-15 minit boleh tambah 20-30-minit atau 1 jam.. Barulah rasa nikmat baca alquran, solat banyak² dan ibadat² yg lain"
-ditulis oleh ustaz Uthman Daud-