Assalamualaikum....
Semenjak daripada zaman aku menjadi guru pelatih di IPGM Kampus Batu Lintang...Dahulu dikenali sebagai IPBL (Institut Perguruan Batu Lintang) sahaja...Mempelajari teori2 merupakan satu kelemahan bagi aku...Kecuali satu...Falsafah Imam Al-Ghazali..
Apa jua sistem pendidikan terkini yang diperkenalkan termasuklah KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan), aku tetap berpegang pada falsafah beliau...KSPK sekadar rujukan supaya tidak lari daripada keperluan 'pihak atasan'...Yang penting, pendekatan secara Islamik yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali menghasilkan 'insan' yang benar2 bersedia bukan sekadar untuk masuk ke tahap pendidikan yang lebih seriius, tetapi, bersedia dengan kehidupan sebenar dalam peningkatan mereka ke alam dewasa...Dan perkembangan akhlak yang positif...InsyaAllah...
Siapa Imam Al-Ghazali?
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan / Idea-idea beliau
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.
______________________________________________
INSYAALLAH, aku akan sedaya upaya mendidik anak-anak syurga ini supaya tidak terpesong arah mereka....sederhana dunia dan menjadikah akhirat matlamat sebenar....

- Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
- Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
- Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
- Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
- Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
- Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
- Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: