NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
Mukasurat 323 - 332
NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN
0 Comments
MEsyuarat secara Maya pertama dengan Pengerusi Srikandi Pro, Kak Hjh Mazita Salleh, suri hati YM ❤️
Santai2 sembang. Ana macam bisa, jadi pendengar je...Beberapa rancangan dibuat, moga dipermudahkan Allah swt. Dalam tempoh PKPP ni, alhamdulillah, selain masjid-masjid, surau2 di stesen petrol dan sh0pping complex juga telah dibuka.... Tapi kebanyakannya tidak menyediakan telkung dan sejadah seperti selalu.. ada yang ada... KEBANYAKAN TIADA... Jadi, muslimah... jika keluar ke mana2, bersiap sedialah... ada banyak cara :
jangan kita bagi alasan, "Tak bawa telekung ni, tak apala, nanti solat di rumah..." Tanamkan dalam diri, "mungkin aku tak sempat sampai rumah....." Jangan juga biasa bagi alasan, "Takpa...nanti qada' di rumah....." Itu namanya sengaja meninggalkan solat... adui.... dah tahu keluar rumah, sediakanlah apa yang patut..kerana kita tertakluk kepada masa yang Allah berikan kepada kita.... Dan kita tak tahu bilakah pengakhiran kita.... #KitaJagaKita Ana pernah lihat wanita mundar mandir mandir keluar masuk surau sebab surau takada telekung dan sejadah macam biasa... Pihak Petronas memang takkan bagi... sebagai langkah pencegahan... Ana pun takleh nak tolong..takkan nak bukak jubah ana bagi dia pakai...Ha Ha Ha Ha! LAst2 ana nampak dia masuk bawa stokin, stokin suami dia agaknya.... maka solatlah dia... Sekarang dah banyak orang jual telekung kain nipis2 sejuk nyaman lgi flowy.... selamat dunia akhirat insyaAllah~ #mudahtapijanganambilmudah Betulla Habib kata kalau nak belajar ni kena ada teman... baru semangat... ni bila group member minta tolong settlekan terjemahan, barulah rajin bukak kamus dan sebagainya... lagi² dapat team yang rajin yakmat.. kita jadi semangat pulak... tak sampai hati biar mereka saja buat... lagi² kau tak kenal group member kau... dan nama kau Khadijah... haha kalau sorang², memang tak siapla alamatnya... . Kitab nahu pun masih kat Durri... esok amik.. insyaAllah.. 29Sept2018 :: Batu Pahat, JDT
Salah satu kisah ana yang bermula dengan niat... dan azam dengan yakin... "Ni...Nanti kawin, dapat anak perempuan pertama bagi nama Fatimah...." -Hubabah Khadijah bin Ali Alaydrus sambil jarinya tunjuk lurus ke arah ana... #throwback Tadi bercerita dengan Nola... mengenai pertemuan yang tak dsangka.. semuanya bermula dengan hajat dan rasa berhutang kerana tak ziarah lagi makam beliau, Habib Ali bin Jaafar Alaydrus.. dan niat untuk bertemu warisnya membawa ke rumah cucunya... Jazakumullahu khayran katheera, kak Yanti dan anak2 dan cikHotaru kerana temankan kami berdua... barokah2... Kemudian, melihatkan ada masa yang panjang, maka pasang niat dan rancangan untuk ke sana... asalnya berdua dengan KE sahaja kerana yang lain tiba2 takjadi nak ikut ke sana.. dan ana bagitahu KE, "Sampai sana nanti, kita cuba tanya2 mana warisnya..." Masa tu tak nampak apa2 jalan lagi... tak tahu lagi apa akan jadi.. tak dapat nak fikir nak tanya siapa... nak jumpa siapa... ingatkan nak redah je... Pendek cerita, kak Yanti tiba2 jadi ikut dan tanya nak ziarah keluarga Habib tak... dia boleh tolong usahakan masyaAllah... rugi tak nak.. maka kak Yanti usahakan.. dan perjalanan bermula awal pagi...singgah sana sini... By noon, dapat details dari Alwiyah Aljoofre nombor cucunya... dan kami call beritahu untuk ziarah... minta alamatnya..dan akhirnya sampai 😭 Masa kami sampai, anaknya Ummi Jah keluar dan kami dijemput masuk ke dalam dan menunggu kehadiran Ummi Jah. Beliau sampai dan masyaAllah... Barakallahufeekk...
Kebiasaan ana kalau ana ada kekangan untuk hadir kukiah Hadith ialah ana akan tonton sebentar kuliah di Live FB selebihnya ana tonton malam sebelum tidur.. cuma hari ini hati kuat hendak tengok dari mula dalam.biliknkeluar bilik ke dapur ke ruang makan ke ruang tamu dalam kereta sepanjang perjalanan...sehingga ahernya masuk masjid di separuh masa kedua... rupa2nya ada hadiah hari ini... ijazah maran alBaiquniyah... masyaAllah tabarakallah... Malam tadi tak tahu ada ijazah ke tidak.. sebab ana kena pergi awal ada kelas mingguan di Semariang Aman... Khatam kitab Hadith 40 Imam Nawawi malam tadi dan Khatam Kitab alBaiquniyyah yang membicarakan istilah2 Hadith hari ini... masyaAllah tabarakallah... InsyaAllah... bulan hadapan akan menghadap cabaran baru... 😍😍 Sunan Tirmidhi (Masjid Darul Husni warrahmah) dan Kitab Misykat al-Masabih (Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa) Jazakumullahu khayr, ya Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi 9112018 :: QADARALLAH vs. PERANCANGANKU Ini 12 Rabi'ul Awwal... Dah janji dengan kak Faz akan ke rumah Habibty dari KLIA2 untuk sama2 setup makan malam ustazah... Rancangan awal : amik kereta sewa, amik Mimi kat Stesen Batu Tiga, then ke Bukit Jelutong.... Tamam.... Tapi.. semasa di KIA, dapat mesej, ada sorang lagi nak tumpang... sampai2 KLIA2, rupa2nya rombongan Ummi juga ada kisahnya sampai mereka pun keluar lambat dari Arrival Hall... hehe that was another story... Fikir.. nak tunggu ke tak.. lagi2 dapat mesej katanya 'flight'nya delay... sampai maybe dalam 7:30pm... kemudian, penyewa kereta pun mesej kata dia sampai lewat sikit juga dalam 7:30pm.. jadi ok la.. rezki Nuha la utk tumpang.. Al kisah... kesabaran diuji bila dahbdapat kereta... kejap ana fikir tinggalkan saja Nuha.. nanti lepas settle urusan rumah Habibty, baru amik dia kat mana2 stesen... bincang punya bincang.. ada juga fikir kensel aje ke rumah Habibty... sebab takut mereka menunggu lama... Tapi rupa2nya, rombongan Ustazah drii KLIA juga baru keluar dan gerak ke rumah Habibty... Luggage ustazah tak sampai... tapi kak Faz kata, dari mulut ustazah yangnkeluar hanya Alhamdulillah..Alhamdulillah.... 😭😭 Tapi ana masih belum dapat keputusan muktamad nak pergi mana... Penyewa sampai, amik kereta kat Downtown.. then mesej Nuha... kot2 dia dah sampai... tapi mesej tak delivered.. buat keputusan, pergi amik Mimi kat Batu Tiga and terus ke Bukit Jelutong... Ajeeb..ana pandu perlahan je.. hati masih rasa belah bagi nak tinggalkan Nuha... last2 mesej kak Faz kata mungkin tak jadi ke Bukit Jelutong sebab kena tunggu Nuha... then kak Faz mesej kata "Jom... Munirah pun kata jom..." adoi... bila baca Habibty pun kata jom... rasa kena pergi ni... dan akhirnya ada mesej dari Nuha kata dia baru mendarat... Alhamdulillah ana tak lepas lagi tol dan masih boleh pusing tak jauh dari KLIA2... ana kata ok..ana patah balik dan tunggu...sampei gate 3... ana tunggu.. 10 minit.. tak juga keluar2... mula hilang sabar semula... cakap kat mimi, rasanya tinggalkan ajela Nuha.. back to plan asal... kesian juga dengan Mimi yang kena fikir plan seterusnya... lepas tu cakap gini, "Lamanya Nuha nak keluar ni... ke Along yang tak sabar?" Padahal baru beberapa minit je... Tersentak sendiri dengan kata2 sendiri... tak sabar... Allah bersama orang2 yang sabar... tapi hati masih risau tak keruan sebab fikirkan mesti ustazAh dah nak makan... terlepas peluang khidmat dan nak jumpa Aunty Gai.. Pujuk diri sendiri untuk tunggu.. Nuha masuk kereta, dan rupa2nya beliau puasa... tak makan lagi.. jadi beliau makan apa yang dah dibekalnya dari Kedah dalam kereta.. sambil ana drive.. ana drive malam memang kalut sikit... lagi2 memikirkan nak jumpa ustazah... kesian Nuha makan dalam kereta bergerak.. tp dalam kepala nak jumpa ustazah, nak jumpa ustazah... Amik Mimi kat Batu Tiga and then terus ke Bukit Jelutong.. kak Faz buka pintu dan kami bertiga masuk... nampak muka Habibty dulu baru nampak ustazah sedang makan... ustazah terus bangun... 😭😭😭😭😭😭😭 "Didiee..... masyaAllah Kuching..." dengan happynya.. taksempat basuh tangan beliau terus peluk 😭😭😭😭 selebihnya seperti biasa kata2nya penuh doa dan doa dan doa... "Tafaddhol tafaddhol..." berulang2 ustazah suruh makan apa yang terhidang... ana kata, "It's ok ustazah..." masih tak puas tengok wajah ustazah... "Nampak ustazah terus tak nampak kita dah..." kata Habibty... 😭😭😭 haha lupa salam... seronok sangat...rindu Habibty juga semestinya 😭😭😭 Selepas 3 kali cakap it's ok, ustazah... terus ustazah hulur pinggannya, "Eat from this..." MasyaAllah.. surprisingly, ana tak tolak and terus amik, "MasyaAllah2... jazakumullahu khayr ustazah..." tiada niat juga nak makan dari pinggan ustazah... masih ada sepotong roti dan sepotong daging... ana bahagikan roti tu pada Mimi dan Nuha.. daging tu ana lupa.. lepas habis baru tringat tak kasi mereka... 😅😅😅 sorry tawwww... Sambil dengar bicara2 mereka.. mengenai kekasih2 Allah SWT dan Rasulullah SAW... kami makan... Kejap2 mengalir juga air mata... habisnya, Nuha amik kesempatan khidmat cuci segala pinggang mangkuk... ana taknak lepas peluang duduk dan amik manfaat dan barokah daripada kekasih2 Rasulullah SAW... mendengar Khadijah berqasidah... kemudian, ustazah suruh ana qasidah juga... Bila dihadapan mereka, ana memang segan nak cakap apa2... ana lebih suka mendengar dan mendengar... ❤❤❤❤❤ Qad Kafani... ana tak pernah bawa Qad Kafani versi perlahan mendayu2... 1st time dan dia keluar sangat mudah 😭😭😭😭😭 macam ana sendiri faham... inilah niat ana daripada beberapa hari lepas... nak alunkan qasidah Imam AlHaddad depan ustazah... 😭😭😭😭😭 tak sangka.. dan ajeebnya dapat buat di teratak AlHaddad juga...masyaAllah tabarakallah... Doa darinya sangat masyaAllah... Lepas habis.. ustazAh minta diri utk masuk ke dalam bilik... Doa dan doa lagi... Habibty kata, selalunya ustazah akan makan dengan suami dia.. tapi kali ni ustazah nak makan sama2 kita... masyaAllah... ana teringat... kalaulah ana kurang sabar dan tak tunggu Nuha, mungkin ana tak dapat ni... barokah Nuha...masyaAllah.. barokah sabar.. kita takkan pernah tahu hikmahnya kan...sehingga ianya berlaku... ia boleh jadi dengan asbab apa saja... tapi ana yakin, sabar adalah satu daripadanya... Dan segala rancangan yang bertukar itu, juga banyak hikmahnya..... Kita merancang.. tapi setiap detik kehidupan kita dan pilihan kita adalah dari iradat Allah... dan taufik dariNya... Ustazah Eiman Sidky... bicaranya doa... Alhamdulillah thumma Alhamdulillah... #catatanmemori #buatSriDidiesendiri to edit. |
DUNIAOrdinary person with an extraordinary life, just like you..... :) FLICKRCategories
All
|