Dalam tempoh PKPP ni, alhamdulillah, selain masjid-masjid, surau2 di stesen petrol dan sh0pping complex juga telah dibuka....
Tapi kebanyakannya tidak menyediakan telkung dan sejadah seperti selalu.. ada yang ada... KEBANYAKAN TIADA...
Tapi kebanyakannya tidak menyediakan telkung dan sejadah seperti selalu.. ada yang ada... KEBANYAKAN TIADA...
Jadi, muslimah... jika keluar ke mana2, bersiap sedialah... ada banyak cara :
- Bawalah telekung/mini telekung dan mini sejadah sendiri, siap2 dalam beg / kereta
- (Kalau leceh nak bawa telekung) Gunakan pakaian yang ready solat...paling mudah, bertudung litup (kalau jenis mudah melayang, sediakan pin untuk pin belakakgn supaya sik tersimbak masa sujud) dan berjubah / baju kurung selesa....berstokin kalau tapeh tu singkat senteng nanti nampak kaki... kalau jenis meleret sejengkal menyapu lantai jadi DBKU macam ana, sik apa
- sekalipun mungkin kamu jenis yang pakai jeans dan tshirt (lengan panjang), atau blouse lengan panjang berbunga2 singkat tetapi bertudung... sebenarnya dah cukup juga untuk solat...pakai handsox di lengan...supaya masa angkat tangan takbir, lengan jatuh, lengan masih selamat...stokin untuk tutup kaki...paling2 teruk la pakaian solat ni, tapi cukup syarat tutup aurat untuk solat. Biar solat gini, daripada tertinggal waktu solat....
jangan kita bagi alasan, "Tak bawa telekung ni, tak apala, nanti solat di rumah..." Tanamkan dalam diri, "mungkin aku tak sempat sampai rumah....."
Jangan juga biasa bagi alasan, "Takpa...nanti qada' di rumah....." Itu namanya sengaja meninggalkan solat... adui.... dah tahu keluar rumah, sediakanlah apa yang patut..kerana kita tertakluk kepada masa yang Allah berikan kepada kita....
Dan kita tak tahu bilakah pengakhiran kita....
#KitaJagaKita
Ana pernah lihat wanita mundar mandir mandir keluar masuk surau sebab surau takada telekung dan sejadah macam biasa... Pihak Petronas memang takkan bagi... sebagai langkah pencegahan... Ana pun takleh nak tolong..takkan nak bukak jubah ana bagi dia pakai...Ha Ha Ha Ha! LAst2 ana nampak dia masuk bawa stokin, stokin suami dia agaknya.... maka solatlah dia...
Sekarang dah banyak orang jual telekung kain nipis2 sejuk nyaman lgi flowy.... selamat dunia akhirat insyaAllah~
#mudahtapijanganambilmudah