Saya menggabungkan status2 mengenai Adab pada Hari Jumaat dari rancangan 30 Minit Ustaz Don di sini..Sebarang kekurangan, saya minta maaf..Setakat mencatat yang termampu isinya dan sedikit huraian yang tercatat :)
1. Malam Jumaat, siap2kan baju untuk hari Jumaat elok2 siap2
2. Subuh berjemaah (bersama keluarga kalau tak mampu ke masjid)
3. Mandi sunat pagi hari Jumaat (Mandi wajib juga)
4. Pakai pakaian yang putih bersih kemas (tak semestinya warna putih/ kalau putih paling bagus! warna kegemaran Rasulullah) Pakai baju Melayu pun ok (lelaki)
5. Menghias/memperkemaskan diri (potong kuku, cukur bulu2 yang perlu dicukur)
6. Untuk lelaki, bersiap awal2 dan pegi awal setakat boleh untuk ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat (umpama mengorbankan seekor unta..Lewat sikit umpama mengorbankan seekor lembu..Lewat lagi umpama mengorbankan seekor kambing/kibas..Lewat lagi sikit umpama mengorbankan seekor ayam...Lewat lagi umpama menghadiahkan telur ayam... LEWAT LAGI??? Malaikat dah tutup buku amalan di saat khatib/imam telah naik ke mimbar memberi salam...Rugilah kamu...setakat dapat berkat hari Jumaat sahaja)
7. Banyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW
8. Bila awal ke masjid, carilah tempat di saf pertama (bukan cari dinding untuk sandaq)..Adab masuk masjid: bagi salam, langkah kaki kanan dulu, baca do'a masuk masjid, jalan santun merendah diri ke saf depan)
Kalau diizinkanNya untuk saya menonton lagi episode seterusnya, insyaAllah akan saya kongsikan lagi :D