Assalamualaikum...
fuh......syukur alhamdulillah...syukurr sangat-sangat...macam biasa aku bergerak dalam 5:20am dengan Ray...Masa lalu dekat area batu 4, sebuah motosikal nak keluar simpang..padahal aku dah dekat 10m je, dia tetap keluar woooo.....macam tak nampak je kereta aku...siap aku bagi highlight..Sempat aku break, dan dia terus hentikan motosikal tengah jalan...sabar ajelah aku...dia selamba je terus berlalu lepas tu....
Aku teruskan perjalanan..Melepasi BDC dan Petronas Stutong...dari jauh nampak sebuah bas sekolah nak keluar simpang belok ke arah Stutong...sama juga...dalam kurang dari 20 meter, bas tiba2 keluar dari simpang....aku punya halaju 100km/j...Astaghfirullah.....aku sempat flick highlight dan tekan break terus pusing-pusing stereng ke kiri masuk simpang...dalam kepala aku teringatkan anak-anak Ray yang 5 orang tu...Alhamdulillah, kawalan stereng aku berjaya menyelamatkan kami...dan Alhamdulillah simpang tersebut luas dan tiada kenderaan lain di sana...dan aku tidaklah menekan break keterlaluan kerana aku risau, kalau2 kereta boleh terbalik atau terbabas melnggar pagar rumah orang...kereta aku masih bergerak laju semasa berpusing di simpang tersebut...dan berjaya berhentiAlhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
aku dapat lihat bas tersebut berhenti...dan mungkin selepas pemandunya melihat kereta kami tidak terbabas, dia berlalu begitu sahaja juga...oh~ Adakah aku terletak pada titik buta mereka? Adrenalin betul2 melonjak-lonjak...aku teruskan perjalanan....
Mungkin pagi itu aku terlupa membaca doa menaiki kenderaan seperti yang aku pernah lakukan setiap hari...Ah...itulah peringatan daripada Allah...
Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah......Allahuakbar...