Assalamualaikum...
Sebenarnya selalu berlaku, tetapi aku yang selalu lupa akan kuasa Allah yang menjadikan ianya berlaku...
Tanpa kita sedar, Allah datangkan jawapan kepada setiap persoalan kita yang tiada orang dapat memberikan jawapannya...
Pernah tak berlaku? Di mana anda memikirkan sesuatu persoalan berkenaan sesuatu kejadian dan tiba2 jawapan terus datang tanpa kita utarakannya? Samada dengan membaca buku2 ilmiah, membaca status2 facebook, rancangan2 televisyen, perbualan dengan kawan2 atau kejadian2 dihadapan mata...
Sejujurnya, aku baru sedar akan hikmah dari Allah ini, pada hari Selasa (29 jan 2013) yang lepas...Satu ketika, aku sedang mengurut tengkuk bondaku...handphone di atas meja, tak jauh di sebelahnya minyak gamat yang tidak ku tutup...beberapa kali ku ambil botol tersebut dan tuang sedikit pada tangan, kemudian meletakkannya kembali ke tempatnya...Sampai satu ketika, Samsung itu berbunyi, ku angkat dan membalas SMS seorang rakan...bila ku letak kembali Samsung ke atas meja, hati ku terdetik, " Kalau ibu alih saja tangan dia sedikit dan terkena botol minyak gamat, habislah tumpah dan kena Samsung..entah apa perasaan aku kalau betul2 jadi....?" Baru saja, dalam beberapa kelip mata sahaja, perkara itu pun berlaku....fuhhhhhhhhh!!! Macam biasa, bonda akan bising terkejut, dan aku sambar Samsung, cabut badan daripada bajunya, dan terus ke dapur tanpa berkata apa2...Alhamdulillah kerana ada bajunya...jadi Samsung sendiri tak kena minyak yang tumpah tu...Aku cuci sarung tersebut dan masuk ke bilik sebentar...nak kata aku marah? Tak juga...tapi, perasaan yang tak tahu nak digambarkan...tapi, aku duduk sebentar dalam bilik dan mula berzikir sebentar....bila ku rasa OK, aku keluar dan duduk kembali teruskan urutan...Aku yakin, Allah menguji aku terus denan persoalan aku sebelum itu.....MasyaAllah...
Semasa dalam bilik ketika menenangkan jiwa, aku ada juga terfikir kata2 adindaku, "Simok pakey baju merah gik...Rasul sik suka warna merah sebab ya warna syaitan..." Aku terfikir, betulkah Rasulullah tak suka warna merah? Tak pernah dengar pun.....Dan semasa meneruskan urutan di leher bondaku, rancangan 30 Minit Ustaz Don di TV Al Hijrah bermula....tup2...Ustaz Don Daniyal pakai jubah warna merah! Dan bukan itu saja, beliau turut menceritakan kisah Rasulullah dan jubah merahnya....bagaimana sahabat melihat Baginda berjubah merah, melihat bulan purnama, lihat Baginda, lihat purnama lagi, lihat Baginda lagi, purnama lagi...dan kata sahabat (Maaf saya lupa namanya), "Rasulullah lebih indah bercahaya daripada blan purnama..." MasyaAllah.....Sekali lagi Allah mendatangkan jawapan kepada aku.....
Kejadian2 sebelum itu aku dha tak ingat apa, tapi aku tahu ianya banyak berlaku pada aku...dan aku yakin, ramai lagi yang sama dengan aku...cuma, perkataan KEBETULAN itu selalu bertitir di bibir kita....kita lupa apa yang baik itu, datangnya daripada Allah swt.....
Wallahua'lam...
ALLAH Maha mengetahui....