Assalamualaikum..
Pagi tadi dalam Assalamualaikum, slot dimana Sham Kamikaze memberi pencerahan mengenai 'Amalan untuk si mati'.....hmmmmmmmmmmMM....tak berani nak kata dia betul atau salah walau hati kuat mengatakan dia mungkin tak faham lagi..aku pun takla berapa faham.....ilmu takat mana ja.....Dia kata, takda dalil mengatakan sedekah Al-Fatihah untuk si mati atau membaca al-Quran (mungkin maksudnya Surah Yasin) untuk sedekah kepada si mati...Yang ada cuma doa untuk si mati....Doa berbunyi,

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada dia. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
Apa bacaan ayat2 Al-Quran itu bukan doa juga ka? hmmmm...Jadi, aku buat sikit research, rupa2nya ada 2 pendapat mengenai hal ini..Yang pertama, boleh saja baca ayat2 al-Quran untuk disedekahkan kepada si mati dan insyaAllah akan sampai doa2 itu untuk menolong si mati....Pendapat kedua, seperti kata Sham Kamikaze tersebut di atas.......
CINTA ILMU
Petang ini perolehan mengenai hikmah yang kelapan dalam kitab Hikam. Pencerahan daripada Dr. Zulkifli Mohamad Al-bakri di TV AlHijrah di rancangan Cinta Ilmu. Aku sempat mencatatkan serba sedikit isi-isi penting dalam Twitter dan aku pautkan sekali kepada Facebook. Paling cept bagi aku, sambil catat, sambil kongsi bersama2 rakan di alam maya. Semoga ilmu yang aku perolehi, mereka juga sama2 memperolehinya dan mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah...
Bila kita belajar sama2, tak semua sama2 pandai..tak semua sama2 faham, ada yang cepat, ada yang lambat...kerana semua itu pilihan Allah... (Note to self) -Dr. Zulkifli Al-Bakri #CintaIlmu @TVAlhijrahl #HikmahKe8 #KitabHikam Pengenalan Allah kepada hambanya
Allah menguji manusia : 1. Allah hendak menaikkan martabat.. 2. Allah hendak mengkafarahkan (membersihkan) dosa dia.. 3. Allah hendak menguji siapa lebih cemerlang/baik amalannya.. Allah bersama2 orang yang sabar...
Sifat orang yang bersabar: 1. Mereka tak cepat melatah (Adeh..try2..) 3. Ikrar...Innalillah (penuh) 3. Berdoa kepada Allah 4. Banyakkan solat
Tanda Allah kasihkan seseorang : 1. Memberi taufik kepada hambaNya, sentiasa mahu buat yang baik saja 2. Sentiasa menjaga solat.. 3.Allah jinakkan hati dan jiwa untuk sentiasa zikrullah..
"Syukur kepada Allah, bermakna kamu menggunakan nikmatNya untuk mendekati Allah, bukan untuk memungkariNya" - Junaid Al-Baghdadi #CintaIlmu #DrZulkifliAlBakri
Semoga kita akan menjadi orang yang sabar... dalam erti tuju hidup kepada Allah swt.
Wassalam.
Wassalam.