Satu ketika dulu di awal2 aku mengenali YM Syeikh dengan lebih dekat semenjak ijazah Tamat, beliau pernah menceritakan sedikit mengenai syair ini. Tapi, masa tu, aku kurang jelas. Tapi ku rakam juga syair ini pada tahun 2006 kalau tak silap......cuma rakaman tu hilang sebab komputer pejabat diserang virus...
Rabu lepas, 27 Jun 2012, sekali lagi aku mengambil kesempatan untuk merakam semula bacaan syair ini dari guruku:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
لخمسة ادفى بها
Bagiku ada 5 dengan keberkatan mereka
هرالوباء خاتمة
Meredakan penularan wabak hingga keakhirnya
المصطفى والمرتضى
Iaitu Rasulullah yang terpilih dan Saidina Ali yang diredhai
.وابنهما والفاطمة
dan dua anak mereka (Saidina Hassan & Hussein) serta Saidatina Fatimah.
__________________________________________
Roman: Lighamsatin adfaabihaa, harolwabaa i khaatimah, al musthofa wal murtadho, wabnaahumaa walfaatimah.
Syair Ahlulbait tersebut menurut YM Syeikh yang dikasihi terdapat di dinding belakang kediaman Rasulullah s.a.w (sekarang ini di maqam Nabi).
Syair Ahlulbait seperti namanya mengetengahkan Ahlulbait iaitu Rasullullah s.a.w sendiri, Saidina Ali k.m.j, Saidina Hasan r.a dan Saidina Husin r.a, serta Saiditina Fatimah r.a.Ahlulbait seperti yang kita maklum adalah lima Insan yang Mulia ini. Rasulullah begitu mengasihi ahli keluarga Baginda sehingga pernah bersabda "Barangsiapa yang menyakiti Hasan dan Husin,maka ia sama seperti menyakiti Aku".
Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w juga sentiasa digalakkan bersalawat ke atas Baginda. Serta memuliakan ahli-ahli keluarga Baginda.
Menurut YM Syeikh, bacaan syair ini insyaAllah diamalkan untuk melindungi diri kita daripada terkena jangkitan sebaran wabak-wabak penyakit yang sukar ditemui penawarnya. Wallahua'alam..

p/s: Aku ajar anak-anak muridku syair ini...mereka seronok bila membacanya. Alhamdulillah....