Anda mungkin pernah mendengar kisah Saidina Umar al-Khattab dengan seorang anak penjual susu. Seorang anak perempuan yang membantah dan menegur ibunya kerana cuba mencampurkan air ke dalam susu. Kata-katanya mendiamkan bondanya.
Tahukah anda siapakah dari keturunan si anak ini merupakan seorang khalifah yang hebat? Khalifah tersebut ialah Umar bin Abdul Aziz yang tersohor itu. Iaitu cucu kepada wanita tersebut, cicit kepada Saidina Umar al-Khattab.
Kisahnya begini.

Pada satu malam Saidina Umar al-Khattab bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin yang prihatin. Pada ketika itu Umar telah mengistiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu kerana ia merupakan satu jenis penipuan dalam jualan.
Akhirnya Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog:
Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya, "Campurlah susu ini dengan air supaya kita peroleh keuntungan berganda hasil jualannya nanti!", katanya. Serta merta si anak memprotes: "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab?
"Umar tidak akan tahu", jawab ibunya spontan.
Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”. Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya.
Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu sambil memberikan arahan kepada pembantunya, "Tandalah rumah ini!". Keesokan harinya ia segera memanggil Ashim, salah seorang anak lelakinya dan bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dengan seseorang yang sangat baik agamanya?". Tanpa fikir panjang lagi Ashim pun menjawab dengan penuh keyakinan, "Ya"
.[ Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]
Begitulah kisah seorang anak yang solehah telah memikat hati Amirul Mukminin untuk dijadikan menantu. Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Laila. Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan. Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, wara’ dan adil.
Begitulah sunnatullah. Keturunan yang baik akan melahirkan anak yang baik.
Namun persoalan yang bermain di fikiran ini ialah masih ada lagikah wanita-wanita seperti si anak penjual susu pada hari ini?
Dari Facebook Page Ustaz Iqbal Zain al-jauhari