Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, wara’ dan soleh setelah 4 Khulafaur Rasyidin. Beliau memerintah negara Islam selama 2 tahun 5 bulan saja dan wafat pada umur 39 tahun sebab diracun oleh pembesar-pembesar Bani Umaiyyah.
Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat ingin memakan buah epal, tetapi tidak mempunyai duit untuk membelinya, kerena semua hartanya dan harta keluarga telah beliau berikan kepada Baitulmal ketika menjadi khalifah. Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah epal dan dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.

Tiba-tiba beliau berkata: “Alangkah wangi dan bagusnya epal ini. Wahai pembantuku, ambil epal ini dan pulangkan kepada orang yang membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah sampai kepadaku ketika aku sudah tiada selera untuk memakannya.”
Amru bin Muhajir tahu bahwa Khalifah bertindak demikian kerana wara’nya. “Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahawa Rasulullah saw mau menerima hadiah,” kata Amru.
Wahai sahabatku! Sesungguhnya hadiah bagi Rasulullah saw memang hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah (suap),” kata Khalifah Umar.
Diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang berada di pejabat untuk kerja urusan kerajaan. Keadaan diruangan pejabat sangat gelap sehingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk pejabat Khalifah setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain keheranan.
“Mengapa Amirul Mukminin melayani tamu dalam keadaan gelap?” tanya seorang pegawai Khalifah.
“Yang datang tadi itu adalah keluargaku. Dia datang kepadaku karena ada urusan peribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah peribadi, aku padamkan lampu tersebut kerena aku tidak mau menggunakan harta negara.” kata Umar bin Abdul Aziz.
Lihatlah betapa amanahnya seorang pemimpin Islam pada waktu itu. Beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai Khalifah untuk kepentingan sendiri atau kaum keluarga dan sahabat malah apa yang beliau ada disedekahkan kepada Baitulmal.
Semoga Allah kurniakan sifat-sifat yang mulia kepada pemimpim-pemimpin kita kerana sabda Nabi saw " Ada dua golongan manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara (pemimpin)".
Amin..
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari