(Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari)
Dilahirkan dalam tahun 1981 dan berasal dari Kluang Johor. Mengambil pengajian Tahfiz al-Quran 30 juzuk di wilayah Pattani Darussalam, selatan Thailand selama 2 tahun sebelum menyambung pengajian dalam bidang Tafsir, Hadith dan Perbandingan Agama & MAZHB di Johannesburg, Afrika Selatan selama 7 tahun. Memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ilmu Syariah dan Hadith.
Setelah itu, mendalami pengajian khusus Feqah Imam Syafiee, Ilmu Tarbiyah dan Fiq-hudda’wah di Pusat Pengajian Darul Mustafa,Tarim, wilayah Hadhramaut, Yemen selama 3 tahun yang mana mudirnya adalah ulama tersohor iaitu Al-Habib Umar Bin Hafidz. Di Hadramawt, Yemen, pernah dilantik sebagai Ketua Pelajar Malaysia (PERMAYA) bagi sesi 2012.
Buat masa ini, menjadi panel pimpinan Majlis Ta'lim Darul Muhibbin di Kuala Lumpur, Ahli Jawatankuasa Unit R & D dalam Pertubuhan NGO Kesedaran Melayu Dan Islam (KEMUDI) disamping melanjutkan pengajian di peringkat Master dalam bidang Ketamadunan Dan Falsafah Islam di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia atau UTM Jalan Semarak,Kuala Lumpur. Juga mengasaskan Pusat Ilmu Darul Mujtaba di Keramat,Kuala Lumpur.
Selain itu, turut menjadi penceramah bebas di masjid-masjid,universiti, kolej, pejabat dan surau-surau khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan luar Selangor, menjadi penterjemah kepada alim-ulama yang datang dari dunia Arab, khususnya dari Hadhramawt, Yaman, serta bertindak sebagai panel penceramah untuk modul-modul yang disusun oleh NGO KEMUDI. Menerima jemputan berceramah di TV Al-Hijrah.
Menguasai Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Bahasa Melayu.