Nazar bar Qadam ialah istilah Parsi yang digunakan oleh ulama Naqshbandi. Istilah ini bermaksud "Mata (pandangan) ke arah kaki". Ia mempunyai 3 peringkat tafsiran makna:
1)Secara zahir, ini bermaksud kita kena tundukkan pandangan dan memandang ke arah kaki kita supaya yang paling penting, kita tidak memandang kepada bukan mahram.
Kedua, untuk mengekalkan tumpuan kita kepada Allah SWT kerana pemandangan di sekeliling kita boleh jadi asbab kita lalai daripada mengingati Allah SWT.
2) Dengan mencontohi Rasulullah ﷺ dan mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ; dengan kita mengetahui di mana arah langkah Baginda dan kita mengikuti jejak langkah ini seperti mana yang telah Baginda lakukan dalam perjalanan menuju Allah SWT. Iaitu dengan mengikuti sunnah Baginda supaya kita tidak tersasar dari perjalanan tersebut.
3) Untuk memelihara pandangan kita supaya sentiasa fokus terhadap laluan yang perlu dilalui dalam perjalanan rohani kita, dan tidak terlalu memandang ke hadapan.
Seseorang yang menaiki tangga dengan dirinya asyik memandang ke puncak tangga, maka keadaan ini boleh menyebabkan mudarat kepada dirinya yang mana dia mungkin akan tersadung dan terjatuh, yang akhirnya dia takkan sampai ke puncak pun. Sepatutnya dia harus memandang langkah seterusnya yang perlu diambil dari satu anak tangga ke anak tangga yang seterusnya sehinggalah dia sampai ke puncak tangga tersebut.
Begitu juga perjalanan rohani kita, kita mesti beri tumpuan pada apa yang perlu untuk kita lakukan sekarang dan mengambil langkah yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang daripada hanya berfikir dan bercakap mengenai matlamat yang tinggi yang kita tahu masih jauh untuk dicapai pada masa ini. Perkara sebegini akan mengganggu tumpuan dalam perjalanan rohani kita.
Allahu 'a'lam