Q: Shaykh pernah menyatakan "Kenapa" ialah perkataan yang tak baik dalam suluk. Adakah kita memang tak boleh bertanya "Kenapa"? Bagaimana dengan salik yang baru berjinak² dan banyak bertanya? Atau adakah dalam situasi² tertentu dibenarkan untuk bertanya?
A: Maksud Shaykh ialah kita tak sepatutnya mempersoalkan cara Shaykh membimbing, atau mempersoalkan sunnah atau mempersoalkan syariat dengan niat mencabar ketetapan tersebut. Seolah² berkata, "Tak ada sebab diterima akal untuk lakukan semua ni. Tak nak buatlah."
Tapi kalau bertanya untuk mendalami kefahaman dan untuk meleraikan kekeliruan,tak ada masalah.
Walaubagaimanapun, dalam hal seperti ini, boleh jadi seorang salik itu belum bersedia memahami hikmah disebalik setiap hukum, baik dalam Syariat atau Sunnah mahupun daripada Shaykh. Dan gurunya belum dapat menjelaskan, maka, salik ini perlu hentikan dahulu persoalan dan lakukan sahaja walaupun tak faham.
Bertanya "Kenapa" (dalam konteks pertama di atas) bermaksud kita bergantung pada akal kita (kefahaman logik). Tetapi, perjalanan menuju kejayaan seorang salik ialah untuk menerima dan menyerah, tanpa peduli faham atau tidak. Kerana akal kita boleh tersasar dan selalu tersasar, tetapi tidak pada Shaykh kita.
Semakin banyak murid itu berserah kepada Shaykhnya, semakin mantap perjalanannya rohaninya. Semakin banyak kita bergantung kepada akal kita, memberi peluang kepada syaitan untuk memusnahkan kita secara halus dengan meletakkan pemikiran/pemahaman yang salah atau kesimpulan yang salah dalam fikiran kita.
Ada bait berbahasa Urdu dari seorang syair terkenal, Allama Iqbal:
Laut aye jitnayfarzanay gaye, ta ba manzil sirf dewanay gaye..
Sesiapa yang mengunakan alasan/akal mereka tidak akan berjaya, hanyabyang mabuk cinta akan sampai ke destinasinya
Ini adalah kerana penyerahan diri ialah sebenarnya ketinggian cinta, jadi seorang yang mempunyai cinta akan menyerah maka akan dibimbing menuju destinasinya (kejayaan). Manakala yang asyik mempersoalkan dan asyik menggunakan logik akal akan tersasar perjalanan mereka dek nafsu dan syaitan.
*****
Q: Maksudnya, yang mabuk cinta tu ialah salik yang hanya menurut tanpa mempersoalkan?
A: Ya. Kerana ketaatan itu adalah tandanya ketinggian cinta. Hanya seorang salik yang tulus hatinya akan mengikut sepenuh hatinya.
Ittiba', ungkapan yang digunakan untuk pengikut sunnah dan aikap itu hadir kerana cinta. Satu lagi ungkapan iaitu ta'at. Tapi ta'at adalah kerana rasa takut. Jadi untuk pengikut Shaykh dan Sunnah, namanya ittiba'. Kerana cinta.
*****
Q: Jadi, dari semua sudut zahir dan batin, kalau ianya datang bersama cinta, dinamakan ittiba'?
A: Ya