seorang bukan Muslim tanya dalam Facebook. Kenapa masa dia study, berkawan dengan Muslim dari Timur tengah, mereka selamba je bagi salam dan jawab salam? Tapi kat Malaysia, rata2 kata tak boleh? Yang komen, semua ikut pandangan sendiri. Logik memang ya, tapi, bahaya. Cina tu asyik tanya, mana dalil. He he. Tak boleh salahkan dia, dia hanya mahu tahu, sebab dia memang tak tahu.
Sebenarnya, ana pun pegang pada tak boleh juga. Dah tanya mana2, tak boleh. Masa kat maktab, langgar juga prinsip, lepas lecturer BM kata, ok je. Assalamualaikum, maksudnya Selamat sejahtera. Waalaikumussalam, Dan sejahtera ke atasmu jua...Apa masalahnya? Jadi, terpengaruh la juga. Tak lama lepas tu, balik semua pegang kepada TAK BOLEH. Ya, memang ana teruk.
Jadi, semalam tanya beberapa guru agama aka ustaz. Jawapan sama, tak boleh. Ada jawapan yang samar2 kata boleh. Ana perlukan jawapan yang yakin pasti. Sampai la, seorang kawan dalam group whatsapp, tolong tanyakan kepada sorang lagi ustaz, UStaz Syafiq. Dapat jawapan yakin.
"Hukumnya, HARUS."
Ustaz pun baru tahu Jumaaat lepas daripada habib Abdul Hamid al-Mahdily yang datang ke Kuching untuk Forum di IIC.. Lorh..Ana pun pergi forum tu, tak perasan pula... Terlepas la tu... Jadi..ini jawapan yang meyakinkan kerana daripada ulama...
Yang mengharamkan itu rupa2nya fatwa daripada Wahhabi. Okkeh! Sekarang faham.. Sebab memang ada baca komen yang letak pendapat MAZA...well.. Tak banyak tanya.
YAKIN. Memberi salam (Assalamualaikum) dan menjawab salam (Waalaikumussalam) kepada dan daripada bukan Muslim adalah HARUS. Maknanya, boleh...tak wajib, tak haram. Buat insyaAllah membawa kebaikan, tak buat tak dosa....
Khalas!
Boleh senyum?