Berikut notad aripada Facebook Ustaz Iqbal Zain
Bulan Sya’ban termasuk salah satu bulan yang agung dalam pandangan syara’. Rasulullah SAW memuliakan bulan Sya’ban dengan menambah aktiviti ibadahnya. Sehingga menambahkan ibadah pada bulan Sya’ban sangat dianjurkan sebagaimana diterangkan dalam hadits sahih. Apabila pada hari-hari bulan Sya’ban dianjurkan meningkatkan aktiviti ibadah dan kebajikan, maka pada malam nisfu Sya’ban lebih dianjurkan lagi kerana terdapat banyak hadits yang diriwayatkan dari Nabi SAW tentang keutamaan malam nisfu Sya’ban melebihi hari-hari yang lain pada bulan yang sama. Hadits-hadits tersebut diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Mu’adz bin Jabal, Abu Hurairah, Abu Tsa’labah, Auf bin Malik, Abu Bakar al-Shiddiq, Abu Musa dan Aisyah radhiyallahu ‘anhum.