3 perkara pesanan Saidina Ali Zaenal Abidin bin Saidina Hussain
1. Sesungguhnya Allah SWT menyembunyikan keredhaan dan rahmatNya dalam satu kebaikan..Oleh itu, jangan remehkan memperkecilkan satu2 kebaikan itu..kerana mungkin kebaikan yang kamu remehkan itu menyebabkan adanya redha Allah ta'ala..Boleh jadi kerana redha itulah menyebabkan kamu masuk ke syurga...sebagaimana kisah seorang wanita pelacur Bani Israel beri minum kepada seekor anjing....dimasukkan ke syurga okeh Allah swt kerana saat itu ada redha Allah SWT... Oleh Ustazah Halimah Alaydrus
Terima kasih ya Rasulullah.. Terima kasih atas kasih sayangmu untuk kami.. Terima kasih atas limpahan rahmat yang kau tebar di bumi.. Terima kasih atas doa doa indahmu mendoakan kami.. Terima kasih atas ribuan istighfar permohonan ampunmu untuk kami.. Terima kasih untuk sujud sujud panjangmu meminta syafaat buat kami.. Sungguh kami hanya berterima kasih karena sungguh kami tak bisa membalasnya dengan apapun.. Perkongsian daripada Facebook Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
Biri-biri, Serigala dan Pengembala Apabila kita lihat pada seekor biri-biri, kita ketahui bahawa pada biri-biri itu tiada senjata seperti taring, kuku, tanduk, gading, ataupun taji yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri. Kita juga ketahui bahawa biri-biri adalah binatang ternakan yang menjadi buruan sang serigala, anjing liar, dan haiwan lainnya. Dan kita semua tahu betapa buasnya serigala, tidak dapat tidak pasti akan diterkam dan dibaham biri-biri buat santapan. Jika biri-biri terselamat dari dibaham, ia mungkin akan mati akibat kecederaan dan terkejut/takut atas serangan. Dalam menghalang serigala dari membaham, atau memelihara biri-biri dari diserang dan dibaham, maka sering penternak akan mengupah pengembala untuk menjaga biri-biri. Juga memelihara anjing pengembala/penjaga bagi mengawal biri-biri, menghalau dan melawan serigala yang datang tanpa diundang. Daripada Facebook Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari (penterjemah)
Mukjizat Ke-51 : (Hikmah Larangan Kencing pada Air Bertakong) Banyak doktor menyebutkan bahawa jutaan orang mengidap penyakit kutu air (bilharziazis = penyakit yang hidup di air, apabila penyakit itu hinggap maka akan menjadikan kaki pecah-pecah). Penyebab penyakit ini adalah seseorang kencing pada air tergenang yang tidak bergerak, lalu orang lain datang mandi di air tersebut dan tertimpa penyakit ini. Apabila seseorang kencing pada air yang tergenang, maka akan keluar telur, lalu menetas, dan melahirkan penyakit. Seandainya manusia tidak kencing pada air tergenang, tentu penyakit bilharziazis tidak akan ada di dunia. Ilmu pengetahuan telah membuktikan bahwa semua ajaran yang disebutkan Rasulullah SAW bagi manusia merupakan kebaikan bagi manusia. Telah disebutkan dalam hadits ini, dari Jabir ra, "Sesungguhnya Rasulullah melarang kencing pada air yang bertakong." (HR. Muslim) Terjemahan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia oleh Ustaz Iqbal Zain
_______________________ “Akan Kami zahirkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap "ufuk" (penjuru dunia dan langit)) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.” (Fussilat: 53) Mukjizat Ke-1 : (Penciptaan Manusia dari air mani) Allah swt telah menceritakan proses penciptaan manusia di dalam Al-Qur'an secara terperinci. Allah berfirman dalam Surah Al-Mukminun; وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِينٍ. ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ. ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” (Al-Mukminun : 12-14) Ini ki KL...Di Kuching, nantikan.... Sebarkan salam...Sebarkan selawat... Bagi pencinta2 juga pengamal2 Kitab Barakat Makkiyyah.... ________________________________________ Tentatif Terkini Majlis Ikatan Cinta & Ittiba' Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada 25/1/2015 di Masjid Wilayah Persekutuan,KL 25/1/2015 Ahad 4.45 petang - Solat Asar 5.15 - Sesi Tazkirah (Moderator: Ustaz Don Daniyal) 5.20 - Tazkirah 1 - Kepentingan Selawat: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al-Yamani 5.50 - Tazkirah 2 - Iman dan Cinta: Ustaz Muhadir Bin Haji Joll 6.20 - Tazkirah 3 - Hakikat Ittiba': Maulana Hamzah Bin Talib 6.45- Kesimpulan Moderator 6.45- Makan Malam 7.15 - Solat Maghrib 7.45 - Ucapan ss Mufti Wilayah 8.15 - Diskusi Kitab & Bacaan Selawat: Maulana Tetamu Jemputan (Pakistan) 9.00 - Solat Isyak 9.30 - Manaqib 9.45 - Tausiah Perdana & Ijazat 10.45 - Doa Penutup / Bersurai / Iktikaf 26/1/15 4.00 pagi - Qiyamullail 5.45 - Subuh 6.15 - Bersurai Majlis Ittihad Ummah Malaysia (Ittihad) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kuala Lumpur (PINTA) serta Yayasan Himmah Malaysia (HIMMAH) akan menganjurkan "Majlis Ikatan Cinta & Ittiba’ Rasulullah S.A.W.” Majlis ini akan menghimpunkan kira-kira 10,000 Para Ustaz & Pelajar Madrasah Tahfiz Seluruh Negara & juga terbuka kepada seluruh Umat Islam di negara ini umumnya. Majlis ini akan diserikan dengan penyertaan beberapa Tokoh Agama & Ulama Tanahair serta akan di isi dengan bacaan Selawat secara Jama’ie (beramai-ramai) daripada Kitab Selawat Barakat Makkiyyah. Kitab Selawat yang disusun oleh Seorang Ulama Besar iaitu Hadrat Shaikh-ul-Hadis wal-Tafsir Maulana Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi Rah.a. Kitab Al-Barakat Makkiyyah adalah satu-satunya kitab yang pertama dapat menghimpunkan Nama Baginda Rasulullah S.A.W yang paling banyak iaitu sehingga 805 Nama yang tidak pernah dihimpun oleh mana-mana Ulama Islam sebelumnya. Kemuncak Majlis yang penuh berkah ini dengan kehadiran Tetamu Jemputan Istimewa iaitu Syeikh Muhammad Zubair Ruhani Bazi & Syeikh Muhammad Zuhair Ruhani Bazi (Anakanda Hadrat Shaikh-ul-Hadis wal-Tafsir Maulana Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi Rah.a.) Majlis Selawat ini akan diadakan juga di beberapa negeri sempena Safar Ulama Syeikh. Pihak Kami amat berbesar hati utk menjemput semua Umat Islam & membantu Pihak Kami utk menghebahkan Majlis Selawat yang penuh berkah ini. Info : http://www.kitabselawat.com/ Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279) Daripada Abi Thalhah al-Anshari r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata: “Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.” (Hadis Riwayat Ahmad, 26/272, no. 16352. – hasan li ghairih) Betapa beruntungnya kita, bagi setiap selawat yang diucapkan akan menghasilkan 10 selawat Allah kepada kita. Makna selawat Allah ke atas kita ialah rahmat Allah yang istimewa diberikan kepada kita. Ditambahkan lagi bagi setiap selawat itu kita akan mendapat 10 kebaikan, menghapuskan 10 keburukan dan diangkatkan bagi kita 10 kemuliaan. Jika kita berselawat sebanyak 100 kali selawat: - kita akan diberikan 1000 rahmat Allah yang istimewa - diberikan 1000 kebaikan - dihapuskan 1000 keburukan - diangkat kemuliaan 1000 darjat Rasulullah s.a.w. bersabda: من دلَّ على خير، فله أجر فاعله. “Sesiapa yang menunjukkan (orang lain) kepada satu kebaikan, maka baginya ganjaran orang yang melakukannya.” (Hadis riwayat Muslim) Cuba kita bayangkan, jika kita menjadi sebab kepada 10,000 orang berselawat sebanyak 100 selawat setiap seorang, berapa banyak rahmat, kemuliaan dan kebaikan akan diberikan dan dosa kita akan dihapuskan? Inginkan Pahala Akhirat PERCUMA? **Dgn hanya satu Klik "Share" di wall status , anda mampu menjadi sebab kpd Orang Lain mendapat kebaikan utk menghadiri Majlis Selawat yg penuh Berkah ini** Oleh : Ustaz Iqbal Zain
Hukum tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Fizik Kuantum. Kita umumnya pernah mempelajari tentang hukum graviti (Law Of Gravity) yang merupakan salah satu dari hukum alam yang diperakui dari segi sains dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Pencipta alam semesta. Dalam hukum graviti, apa juga akan tertarik ke bumi oleh tarikan graviti. Tidak kira siapa anda, bangsa atau agama, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat sepuluh menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana hukum graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah ditetapkan oleh Allah, kecuali di dalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah, hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa Isra' dan mi'raj Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan bahawa ada sebuah batu yang ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi tidak diizinkan Allah. Pentingnya adab tidur...kerana kita tak tahu samada kita akan bangun atau tidak keesokan harinya...
_________________________ Malam tadi (11 Januari 2015) Syarah Kitab al-Azkar oleh Habib Umar bin Zaen.. bab Adab Tidur Sampaikan kepada anak2 kita ilmu yang kita dapat: 1. Tidur mengiring ke kanan 2. Tadah tangan baca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas dan kemudian diusap diseluruh anggota badan 3. Baca ayatul Kursi 4. Dua ayat akhir surah al-Baqarah (AamanarRasulu..... & Laayukallifullah......) 5. Subhanallah 33×, Alhamdulillah 33× dan Allahuakbar 34× 6. Doa tidur : Bismikallahumma ahya wa amut Dan ada lagi zikir2 boleh didapati daripada kitab al-Azkar, Bidayatul Hidayah atau kitab2 yang lain..jangan sampai langsung tidur kita tidak ada doa.... hika ada apa2 terjadi pada kita ketikantidur, maka salahkan diri sendiri. Bangun tidur, katanya kalau orang itu sebelum tidur tengok facebook, bangun tidur pun cari handphone dulu...kalau sebelum tidur merokok, bangun tidur pun terus cari rokok.... afa yang terua capai remote control tv...sedangkan sepatutnya adab bila bangun tidur ialah 1. Sapu wajah dan doa bangun tidur : Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wailaihinnusyuur.... 3. Kemudian baca : Alhamdulillahillazi rodda'alaiya ruuhi wa 'afani fi jasadi wa adzina bizikrihi (segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan ruhku, memberi kesihatan kepadaku, memberi keizinan untukku berzikir kepadaNya... Kerana apa (penting adab tidur)...sebab adakalanya ketika kita mengejutkan seseorang tetapi dia tak bangun2, rupa2nya dia telah meninggal dunia...malam tadi dia sihat walafiat, tetapi siangnyabdia sudah mati dalam tidur...ada yang bangun dapat penyakit pada tanganla kaki la, oleh itu apabila kita bangun kita lihat kita sihat selamat, maka kita ucapkan syukur kepadaNya....maka baca doa2 ini semoga Allah beri keberkatan... Tiga simpulan syaitan ikat di tengkuk kita pada kita bilamana kita tidur...syaitan ikat dengan kata2, "Malam masih awal, teruskan tidur..." Sebab tu ada orang yang handphone da bunyi (alarm), dia bangun capai, tutup dan tidur kembali..kerana kita telah diikat... Maka apabila kita terjaga terus baca doa bangun tidur, maka terbukalah satu simpulan..bila ambil wuduk terbuka ikatan kedua...bila solat, simpulan ketiga (terakhir) terbuka...dan dia akan cergas dan bersemangat... kalau sebaliknya, dia akan lemah dan malas.... Berkata ulama, siapa tidur selepas Subuh : 1. Keberkatan umur hilang 2. Rezki menjadi sempit 3. Hati menjadi keras Maka sepanjang masa hati sentiasa runsing dan resah __________________________________ Sedikit perkongsian...Jom didik...kelihatan remeh, tapi impaknya sangat besar bagi orang2 yang beriman...... Nanti kongsi bab lain....insyaAllah... Wallahua'lam.... |
Sri DidieDi ruang ini, ana akan berkongsi tulisan2 daripada orang2 alim dan juga nota2 catatan kuliah2 yang ana hadiri. Arkib
May 2020
Kategori
All
|