Sebarkan salam...Sebarkan selawat... Bagi pencinta2 juga pengamal2 Kitab Barakat Makkiyyah....
________________________________________
Tentatif Terkini Majlis Ikatan Cinta & Ittiba' Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada 25/1/2015 di Masjid Wilayah Persekutuan,KL
25/1/2015 Ahad
4.45 petang - Solat Asar
5.15 - Sesi Tazkirah (Moderator: Ustaz Don Daniyal)
5.20 - Tazkirah 1 - Kepentingan Selawat: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al-Yamani
5.50 - Tazkirah 2 - Iman dan Cinta: Ustaz Muhadir Bin Haji Joll
6.20 - Tazkirah 3 - Hakikat Ittiba': Maulana Hamzah Bin Talib
6.45- Kesimpulan Moderator
6.45- Makan Malam
7.15 - Solat Maghrib
7.45 - Ucapan ss Mufti Wilayah
8.15 - Diskusi Kitab & Bacaan Selawat: Maulana Tetamu Jemputan (Pakistan)
9.00 - Solat Isyak
9.30 - Manaqib
9.45 - Tausiah Perdana & Ijazat
10.45 - Doa Penutup / Bersurai / Iktikaf
26/1/15
4.00 pagi - Qiyamullail
5.45 - Subuh
6.15 - Bersurai
Majlis Ittihad Ummah Malaysia (Ittihad) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kuala Lumpur (PINTA) serta Yayasan Himmah Malaysia (HIMMAH) akan menganjurkan "Majlis Ikatan Cinta & Ittiba’ Rasulullah S.A.W.”
Majlis ini akan menghimpunkan kira-kira 10,000 Para Ustaz & Pelajar Madrasah Tahfiz Seluruh Negara & juga terbuka kepada seluruh Umat Islam di negara ini umumnya.
Majlis ini akan diserikan dengan penyertaan beberapa Tokoh Agama & Ulama Tanahair serta akan di isi dengan bacaan Selawat secara Jama’ie (beramai-ramai) daripada Kitab Selawat Barakat Makkiyyah.
Kitab Selawat yang disusun oleh Seorang Ulama Besar iaitu Hadrat Shaikh-ul-Hadis wal-Tafsir Maulana Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi Rah.a.
Kitab Al-Barakat Makkiyyah adalah satu-satunya kitab yang pertama dapat menghimpunkan Nama Baginda Rasulullah S.A.W yang paling banyak iaitu sehingga 805 Nama yang tidak pernah dihimpun oleh mana-mana Ulama Islam sebelumnya.
Kemuncak Majlis yang penuh berkah ini dengan kehadiran Tetamu Jemputan Istimewa iaitu Syeikh Muhammad Zubair Ruhani Bazi & Syeikh Muhammad Zuhair Ruhani Bazi (Anakanda Hadrat Shaikh-ul-Hadis wal-Tafsir Maulana Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi Rah.a.)
Majlis Selawat ini akan diadakan juga di beberapa negeri sempena Safar Ulama Syeikh.
Pihak Kami amat berbesar hati utk menjemput semua Umat Islam & membantu Pihak Kami utk menghebahkan Majlis Selawat yang penuh berkah ini.
Info : http://www.kitabselawat.com/
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279)
Daripada Abi Thalhah al-Anshari r.a., beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:
“Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 26/272, no. 16352. – hasan li ghairih)
Betapa beruntungnya kita, bagi setiap selawat yang diucapkan akan menghasilkan 10 selawat Allah kepada kita. Makna selawat Allah ke atas kita ialah rahmat Allah yang istimewa diberikan kepada kita. Ditambahkan lagi bagi setiap selawat itu kita akan mendapat 10 kebaikan, menghapuskan 10 keburukan dan diangkatkan bagi kita 10 kemuliaan.
Jika kita berselawat sebanyak 100 kali selawat:
- kita akan diberikan 1000 rahmat Allah yang istimewa
- diberikan 1000 kebaikan
- dihapuskan 1000 keburukan
- diangkat kemuliaan 1000 darjat
Rasulullah s.a.w. bersabda:
من دلَّ على خير، فله أجر فاعله.
“Sesiapa yang menunjukkan (orang lain) kepada satu kebaikan, maka baginya ganjaran orang yang melakukannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Cuba kita bayangkan, jika kita menjadi sebab kepada 10,000 orang berselawat sebanyak 100 selawat setiap seorang, berapa banyak rahmat, kemuliaan dan kebaikan akan diberikan dan dosa kita akan dihapuskan?
Inginkan Pahala Akhirat PERCUMA?
**Dgn hanya satu Klik "Share" di wall status , anda mampu menjadi sebab kpd Orang Lain mendapat kebaikan utk menghadiri Majlis Selawat yg penuh Berkah ini**