"Maka Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Nabi Adam عليه السلام; "Wahai Adam, dari mana engkau mengenali tentang Muhammad sedangkan dia belum lahir lagi di dunia ini." Maka Nabi Adam mengatakan; "Ya Allah, ketika aku berada di syurga dan aku telah mendongak ke langit, dan aku melihat di atas arash-Mu tertulis kalimah 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah'."
"Maka sejak itu wahai Allah, aku telah yakin bahawa tiada makhluk yang paling mulia, tiada makhluk yang paling afdal, tiada makhkuk yang lebih baik daripada namanya yang bercantum dengan nama-Mu di atas arash-Mu yang mulia. Namanya yang digandingkan dengan nama-Mu di atas arash 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah' " Muhammadur Rasulullah tidak boleh dipisahkan pada Laailaha illallah. Kerana ini adalah orang yang paling dicintai, makhluk yang paling afdal secara itlak Nabi Muhammad ﷺ."
"Nabi Adam عليه السلام mengambil keberkatan Nabi Muhammad ﷺ Bukankah ini bertawassul? Dan hadis yang lain menyatakan bahawa, "Kunci kepada Jannah adalah Muhammad, Rasulullah ﷺ." Dan Yang mula-mula membuka pintu Jannah adalah Nabi Muhammad ﷺ. Tidak ada siapa yang boleh mengetuk pintu Jannah untuk seluruh manusia untuk masuk kedalamnya kecuali Nabi Muhammad ﷺ."
"Tiada siapa yang mendahului masuk kedalam syurga sebelum Nabi Muhammad ﷺ. Orang yang pertama yang diberi keizinan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberi syafaat, syafaat yang gempar dijanjikan kepada Nabi Muhammad ﷺ, yang syafaatnya bukan meliputi umatnya tetapi seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam, Sehingga umat yang terakhir."
"Dimana syafaat kubro yakni syafaat yang besar dimiliki oleh Nabi Muhammad ﷺ. Dihari kiamat nanti, dimana manusia didalam ketakutan. Dan semua nabi-nabi tidak berani menghadap Allah سبحانه وتعالى kecuali Nabi Muhammad ﷺ. Ketika itu, dihari kiamat kenapa tidak meminta keampunan direct dengan Allah سبحانه وتعالى?"
"Tidak boleh. Kerana apa? Kerana ada pintunya. Dan pintunya adalah Nabi yang dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى iaitu Nabi Muhammad ﷺ. Ada sesetengah orang mengatakan, tawassul ini tidak boleh. Dengan keberkatan Nabi. Kita memohon syafaat daripada Nabi Muhammad ketika itu dihari kiamat. Bukankah ini bertawassul?"
"Dan mana mungkin jika mengharapkan syafaat Rasulullah ﷺ tetapi tidak mencintai baginda. Tidak mengikuti sunnah rasulullah ﷺ. Jika seseorang cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى, tetapi cinta kepada Rasulullah tidak meningkat, dia tak rasa cinta kepada Rasulullah."
"Maka cintanya kepada Allah itu bukan cinta yang hakiki. Begitu juga dengan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ, jika cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ naik, tetapi cinta kepada Allah سبحانه وتعالى tidak naik, maka cintanya masih palsu."
"Kerana cinta yang hakiki kepada Allah سبحانه وتعالى ataupun kepada Rasulullah ﷺ, apabila satu naik, yang lain akan ikut sama sekali. Tidak mungkin seseorang itu kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan cinta kepada Allah سبحانه وتعالى menurun, kecuali kalau cintanya palsu."
"Tidak mungkin seseorang itu cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى terlalu meningkat dan menyebabkan cintanya kepada Rasulullah ﷺ berkurang. Tidak mungkin berlaku. Kecuali kalau cintanya palsu. Cinta yang hakiki, apabila seseorang cintanya kepada Rasulullah ﷺ meningkat, meningkat, meningkat, maka cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى Allah juga meningkat, bersama kecintaannya kepada Rasulullah ﷺ."
"Diceritakan oleh Guru Mulia kami, Al-Habib Umar bin Hafidz; "Hampir disetiap waktu selepas solat maghrib ada seorang ulama' besar di Hadhramaut selalu berjalan2 di sebuah daerah. Terdengar dari tiap-tiap rumah, penghuninya membaca Al Qur'an, ada juga yg berdzikir, ada juga yg membaca ratib dan selawat."
"Dilihatnya dari rumah-rumah tersebut mengeluarkan cahaya. Namun cahaya yg kelihatan lebih terang hingga ke langit adalah cahaya rumah yang sedang berselawat kepada Nabi Muhammad. Masha Allah."
"Telah berkata Al marhum Al-habib Ahmad bin Alwy Baraqbah; "Selawat yang kita bacakan itu sesungguhnnya mengeluarkan bau yg harum. Harumnya selawat dapat dicium oleh semua makhluk Allah kecuali manusia dan jin."
"Jika Allah سبحانه وتعالى membuka hijab penciuman kita niscaya kita akan sibuk mencari dimana harum itu berasal sehingga kita lupa terhadap penghidupan kita. Rasulullah bersabda; “ Orang yang paling bakhil adalah seseorang yang jika namaku disebut, maka dia tidak berselawat keatasku."
"Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ wahai saudaraku, cintai sunnahnya, dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan ihsan dan menanggalkan kotoran syirik pada batinmu. Barangsiapa berselawat keatas Rasulullah sekali, Allah berselawat atasnya sepuluh kali.”
"Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada baginda ﷺ."
"Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Al-Ahzab: Lima puluh Enam."
"Kita kena melalui pintu. Dan pintu tersebut ada pintunya Ulamak, pintu orang Soleh, pintunya Murobbi, pintunya Guru, pintunya Ulamak generasi sebelum kita, dan sebelumnya, sahabat, hingga pada Rasulullah ﷺ. Rasulullah adalah pintu terbesar untuk seseorang memohon kepada Allah سبحانه وتعالى. Jika tidak melalui pintu-pintu ini, maka dia boleh terpesong, dia boleh sesat jalan, tak sampai destinasi yang ingin dituju, hatinya tidak sampai kepada Allah سبحانه وتعالى."
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaroka Wasallam
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.