22 NOV 2015
MASJID AT-TAQWA, GITA, KUCHING
NAJIS
1. Dimaafkan pada pakaian, tidak pada air
- darah yang sedikit (Masih boleh dibawa solat)
2. Dimaafkan pada air, tidak pada pakaian
- bangkai semut ( atau cicak dan haiwan yang tiada darah mengalir ketika dikoyakkan)
- bangkai haiwan terebut, tidak dicampakkan ke dalam air (dimaafkan), walaupun kurang dari 2 kolah. Kalau haiwan tersebut masuk kerana perbuatan manusia, tidak dimaafkan.
3. Dimaafkan pada kedua2nya
- tak kelihatan pada mata yang nyata
- lalat yang telah hinggap pada bangkai atau kotoran lain kemudia hinggap sebentar pada makanan kita. Kita masih boleh makan makanan tersebut kerana tak nampak najis.
- Kalau lalat masuk ke dalam air, rendah keseluruhan lalat tersebut kerana hadis Nabi ﷺ ada menyatakan, sebelah sayap lalat ada racun, dan sebelah lagi ada penawar.
4. Tidak dimaafkan pada kedua2nya
- air kencing, muntah, nanah, etc.
Penggunaan kolah boleh mengurangkan pembaziran air. Pembaziran air semasa berwuduk fardhu menjadikannya haram.
❓Seorang isteri buatkan air untuk suaminya dan masukkan gula bersama semut di dalamnya. Adakah air boleh diminum?
✔️Jawapan : Tak. Kerana semut tu masuk akibat perbuatan isteri, maka semut itu dikira sebagai najis.
❓Nanah yang sedikit, adakah sah solat?
✔️Jawapan: Tak sah. Nanah yang sedikit atau banyak, tetap dikira najis yang tidak dimaafkan. Kecuali nanah yang belum pecah
❓Kalau anjing gigit dan luka gigitan itu dalam, perlu ke cuci sehingga dalam luka?
✔️Jawapan: Tak perlu dibasuh luka yang dalam. Memadai luaran saja, kerana boleh memudaratkan.
Najis mesti dibersihkan dengan air yang mutlak
Cecair yang keluar dari qubul & dubur adalah najis kecuali air mani dan bayi. (Bayi dalam kategori mutannajis)
Najis bermaksud
- Dari segi bahasa - setiap benda yang diluati (jijik)
- Dari segi syarak - setiap benda yang diluati (jijik) dan menegah daripada sahnya solat. (air liur, hingus dan darah yang sedikit tidak dinamakan najis di dalam syarak)
❓Bagaimana dengan penyu? Kita tak boleh makan dagingnya. Telurnya bolehkah dimakan?
✔️Jawapan: Dibenarkan dalam Mazhab Syafie, kerana dalam mazhab Imam as-Syafie air mani itu bukan najis. Dalil menunjukkan air mani bukan najis, sila rujuk Kitab Idaman Penuntut ms 3, Nota kaki (2). Merujuk kepada air mani manusia dan juga haiwan (KECUALI babi, anjing dan juga keturunan atau kacukan kedua2nya)
❓Kopi luwak?
✔️Jawapan: Mutannajis. Kerana biji yang keluar tu dicuci dahulu sbeelum diproses. Boleh diminum.
❓Muntah dan air liur basi?
✔️Muntah & air liur basi adalah najis. Air liur basi terhasil daripada makanan yang mengenyangkan. Sebab itu, kalau bangun untuk mengerjakan Subuh, kena mandi dulu kerana dikhuatiri ada air liur basi melekat pada pakaian kita, tanpa sedar. Kalau tak, nanti TIDAK SAH SOLAT. Mandila.
❓Adakah kentut itu najis?
✔️Jawapan: Ya, tetap najis. Tetapi tidak perlu dicuci. Bahkan makruh jika dicuci. Sebab menyusahkan.
SETIAP yang cair & memabukkan itu adalah najis. (Arak & dadah berlebihan)
BAHAGIAN2 NAJIS
- Najis yang ringan (untuk menyucikannya)
- Air kencing kanak2 lelaki yang berusia kurang dari 2 tahun. Tidak makan apa2 kecuali susu sahaja.
- Susu yang dimaksudkan ialah susu segar (yang diperah)
- Susu formula NO! NO! NO!
- NOTA: Air kencing kanak2 perempuan termasuk kategori Najis Mutawasitah. Kerana filter (di ureter) jarang. Manakala filter kanak2 lelaki, rapat2.
2. Najis Mughallazah
- Najis yang berat / keras pada basuhannya.
- anjing dan khinzir & anak keturunan kacukan kedua2nya (cth: anjing+kambing atau babi+kambing)
- Anjing KERING + KERING = OK
BASAH + KERING = ✘ OK
BASAH + BASAH = ✘ OK
- Babi KERING ATAU BASAH TETAP NAJIS
❓Kalau tayar kereta kena kencing anjing, bagaimana nak basuh?
✔️Jawapan: Cari lopak air yang bertanah, jalankan kereta ke atas lopak itu ‘back & forth’ beberapa kali, kemudian boleh cuci dengan air bersih (dirumah)
ALTERNATIF kepada air tanah ialah air sungai yang keruh (telah bercampur dengan tanah). Boleh cuci guna air sungai tersebut, dan kemudia bersihkan dengan air mutlak.
3. Najis Mutawasitah
- Najis yang boleh dicuci dengan air sahaja sehingga hilang ainnya : rasa (sentuhan), bau & warna.
- Sekurang2nya hilang 2 daripada 3 sifat najis itu, maka sucilah ia.
❓Kalau gulai ikan/daging tumpah terkena pakaian?
✔️Jawapan: Mesti dicuci. Sehingga hilang ainnya atau sekurang2nya 2 dari 3 ain. Contohnya hilang bau kari dan hilang rasa kesat/minyak kari. Bekas warna masih ada sikit tak apa.