19 DISEMBER 2015 | SABTU
MASJID AT-TAQWA, GITA
Muka surat 5
MAKSUD ISTINJAK
Dalam segi syarak
- menghilangkan yang keluar (najis) yang berlumuran pada sekeliling lubang qubul/dubur.
- Dihilangkan daripada kemaluan dengan air atau batu
❗️Hilangkan najis daripada badan, kaki dan lain2 BUKAN dinamakan istinjak, tapi TAHARAH.
HUKUM BERISTINJAK
- Wajib - (Muka Surat 5 - Kitab Idaman penuntut)
- Sunat - Apabila yang keluar itu (najis) tapi tak berlumuran. Contohnya: Cacing yang kering / ulat yang masih hidup. Tak dibersihkan pun tak apa.
- Harus - peluh yang mengalir sehingga ke kemaluan
- Makruh - kalau keluar angin. Makruh kerana susah2 aje.
- Haram
- Haram serta sah - istinjak dengan air kepunyaan orang lain tanpa redha orang tersebut
- Haram serta tak sah - istinjak dengan seuatu yang dihormati contohnya air kopi/teh
CARA2 BERISTINJAK
Cara Beristinjak Guna Batu
- Guna 3 biji batu (atau lebih dalam bilangan ganjil). Sebiji batu sekali sapu.
- Guna sebiji batu sahaja. Sapu sekali pada 3 permukaan yang berlainan. (Atau sapu lebih dalam bilangan ganjil)
- Sapu di kawasan kemaluan sehingga tertinggal bekas najis
Bekas najis (Najis yang dimaafkan)
- Sah solat (untuk dirinya sahaja)
- Tidak pada orang lain yang berhubung dengannya (jemaah) kerana dikira berhubung dengan najis
- Batal solat untuk orang lain. Tidak sah.
Paling afdhal istinjak:
- Sapu dengan benda kesat / batu untuk hilangkan najis
- jirus dengan air untuk hilangkan bekas air.
** HARUS bercebok (istinjak) dengan makanan haiwan seperti rumput
❓ Kenapa kita guna bilangan ganjil?
- Ada hadis menyatakan, ALLAH itu ganjil, maka DIA suka pada yang ganjil.
- إنّ الله وتر يحبّ الوتر
❓ Bagaimana kalau makanan itu kedua2 manusia dan haiwan makan?
- Kalau manusia lebih banyak makan, tak boleh digunakan untuk istinjak.
- Kalau haiwan lebih banyak makan, boleh dgunakan untuk istinjak.
SUNAT semasa basuh lubang dubur, masukkan seruas jari untuk bersihkan bahagian tepi2 lubang dubur.
NOTA TAMBAHAN
Berjual beli ketika setelah Azan Jumaat berkumandang seingga selesai Solat Jumaat
- HARAM & TIDAK SAH JUAL BELI >>> Penjual Lelaki + Pembeli Lelaki
- HARAM & SAH JUAL BELI >>> Penjual Lelaki + Pembeli Wanita (Haram rezeki bagi penjual)