(1) Fatwa tersebut boleh dirujuk semula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) terkini atau para mufti yang AHLI dalam bidang tasawuf.
(2) Jika sesat kitab Hidayatus Salikin (HS), sesatlah juga Syaikh Abdus Somad al-Falimbani sedangkan beliau diakui ilmunya dalam syariat dan hakikat & sesat jugalah Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki yang terkenal dengan ilmu dan tawaduk serta jasanya dalam bidang agama di Malaysia & Indonesia diakui. Syaikh Ahmad Fahmi yang telah mentahqiq kitab HS, malah menerbit dan mengajarkannya serta banyak kali mengkhatamkannya, juga adalah ketua ulama Nahdhatul Ulama di provinsi/daerah beliau. Lihatlah juga karangan2 beliau yang dibaca dan dimanfaatkan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dll. Demikian juga, jika kitab ini sesat, sesatlah semua masyaikh dan asatizah yang mengajar kitab HS dari dahulu hingga sekarang.
(3) Kitab HS telah berusia 230 lebih tahun dan masih diajar sehingga sekarang. Itu tandanya ia diterima di sisi Allah.
(4) Berapa ramai orang yang sudah menjadi orang soleh malah menjadi auliya' (para wali Allah) kerana beramal dengan isi kandungan kitab HS ini.
(5) Fahaman Wihdatul Wujud (WW) yang sebenar dalam sufi yang benar, bukan seperti yang difaham oleh orang awam yang tidak pernah/kurang tahu dengan sufi dan kesufian. WW dalam dunia sufi ialah MERASAKAN keberadaan/keagungan/kebesaran/haibah/'azhamah Allah yang sangat2 dekat/hampir dalam diri kerana yang empunya diri melazimkan/istiqamah/mudawamah/muwazhabah dalam zikir lidah & hati, khafi & sirri, membaca al-Quran, selawat...menghadiri majlis2 ilmu/selawat, mujalasah bersama orang2 soleh & semua kebaikan... Bukan mendakwa ALLAH BERSATU DGN DIRI/MAKHLUK. Jika berfahaman sebegini, ITTIFAQ (sepakat) ULAMA MENGATAKAN IA HARAM. WW jenis inilah yang diharamkan oleh MFK.
(6) Sesiapa yg membaca kitab HS tahu bahawa pada permulaan kitab, Syaikh Abdus Somad al-Falimbani MEMBAHAS DAHULU aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah aliran 'Asya'irah Sifat 20 yang menTANZIHkan (MENYUCIKAN Allah daripada SERUPA DGN MAKHLUK). Ini BUKTI JELAS beliau beraqidah yang benar (ASWJ) dan tidak berfahaman Wihdatul Wujud yang sesat. Fahamilah perkara ini sewajarnya. Fa ta'ammaluu...
(7) Kitab HS (versi Bahasa Melayu) mengandungi perbahasan tentang Aqidah ASWJ (ms. 21-29), Taat & ibadah yang zahir (31-177), Menjauhi maksiat yang zahir (180-214), Menjauhi maksiat yang batin/hati (216-258), Taat yang batin/hati (260-302), Fadhilat, adab & cara berzikir (304-330), Adab Bersahabat Dengan Allah (maksudnya cara untuk MENGHAMPIRKAN diri kepada Allah atau cara untuk MERASAKAN DEKATNYA ALLAH dalam diri, BUKAN bermaksud ALLAH MASUK DALAM DIRI) (332-337), Adab orang yang berilmu (338-340), Adab orang yang belajar (341-342), Adab terhadap ibu bapa (343-344), Adab terhadap sahabat/teman (345-352), Adab dengan orang yang dikenali (354-362), Adab dengan orang Islam secara umum (362), Pesanan terakhir Imam Al-Ghazali (364-367) dan Pesanan terakhir Syaikh Abdus Somad al-Falimbani (370-371). Semua tajuk ini membawa pembacanya untuk ingat kepada Allah dan berusaha untuk dekat kepada-Nya dengan ketaatan yang zahir dan batin, di samping berusaha menjauhi tegahan dan larangan-Nya, secara zahir dan batin pula. Jika dikatakan 'mungkin' 'ada unsur wihdatul wujud' dalam kitab HS pd beberapa helaian dalam tajuk "Adab bersahabat dengan Allah", sebenarnya 'wihdatul wujud' yang didakwa itu BUKANLAH bermaksud MAKHLUK BERSATU DENGAN ALLAH yang jelas haram, tetapi PERASAAN INSAN YANG MERASAKAN ALLAH SANGAT HAMPIR dalam dirinya. Bertanyalah kepada guru sufi atau orang alim yang AHLI dalam bidang tasawuf untuk perkara ini.
(8) Baca dahulu isi kandungan kitab HS dari kulit ke kulit sampai khatam dengan guru yang AHLI dan tahu tentang tasawuf supaya mendapat penjelasan yang tahqiq (benar). JANGAN sekali2 bertanya kepada orang yang memusuhi tasawuf dan ulama sufi.
(9) Kitab HS adalah terjemahan dan tambahan Syaikh Abdus Somad al-Falimbani ke atas kitab Bidayatul Hidayah (BH) karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Orang yang mengatakan sesat kitab BH adalah tanda kekurangan ilmu dan cederanya adab orang tersebut.
(10) Imam al-Ghazali mengatakan: Jangan salah dalam memahami perkataan/ucapan ahli sufi kerana ia mengandungi makna tersurat & tersirat.
(11) Mengatakan sesat kitab HS, samalah mengatakan sesat kepada jutaan ulama & orang2 soleh malah para auliya' (wali Allah) yang belajar dan mengamalkan isi kandungan kitab HS sejak zaman Syaikh Abdus Somad al-Falimbani sehingga sekarang, yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Ingatlah ...
(i) Kaedah: Menuduh orang lain sesat, sedangkan orang yang dituduh tidak sesat, maka sesat akan kembali kepada orang yang menuduh tadi.
(ii) Menuduh orang lain sesat adalah suatu dosa. Hendaklah meminta maaf kepada orang yang dituduh. Jika yang dituduh masih hidup, insyaAllah boleh dicari. Jika sudah meninggal dunia...?
Allaahummahdil qaaum, fa innahum laa ya'lamuun.
(Al-Faqir ilallaahil Qadiir, Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Selasa, 26 Safar 1437H/8 Disember 2015M, 9.45 malam)