Ustaz Iqbal Zain
Cinta (mahabbah) adalah amalan hati. Cinta dapat diungkapkan dengan kata-kata dan amal perbuatan. Akan tetapi dasar perasaan cinta berada di dalam hati seseorang. Cinta, ada yang terpuji dan adapula yang tercela.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah bahwa ada empat macam bentuk mahabbah yang harus dibezakan antara satu sama lain, kerana orang yang tidak dapat membezakannya pasti tersesat, yaitu: Mencintai Allah, mencintai apa saja yang dicintai oleh Allah, cinta untuk dan kerana Allah, serta mencintai sesuatu dan selarikannya dengan kecintaan kepada Allah.