22 Nov 2015 | Ahad
Sesi Pagi
Bahagian 1
Taharah :: menyucikan atau membersihkan daripada kotoran² yang hissiyah (Hissi - yang nampak / zahir)
Kotoran ada 2
1. Hissiyah - hadas kecil dan hadas besar
2. Ma'nawiyah - kotoran dalam hati iaitu penyakit hati (hati)
Menurut Imam Nawawi, taharah pada syarak ada TIGA (3)
��mengangkat hadas (kecil, besar, terkecil) atau menghilangkan najis
�� menghilangkan najis pada MAKNA kedua²nya
�� pada makna MENGANGKAT HADAS iaitu TAYAMUM
�� tidak terangkat hadas
�� tujuan mengharuskan solat
�� pada makna MENGHILANGKAN NAJIS iaitu berISTINJAK
�� buang air besar, takdak air, jadi guna batu. Sapu 3 kali di setiap permukaan yang berbeza. Rupa najis hilang, tinggal bau sahaja. Ain najis hilang.
�� Kemudian berwuduk dan solat. SAH solat.
❗ Syarat suci ialah apabila hilang 2 daripada 3 sifat najis :: bau, warna, rasa (sentuhan bukan lidah)
�� menghilangkan najis pada RUPA kedua²nya
�� pada rupa MENGANGKAT HADAS
��Wuduk kali kedua (padahal masih suci dari hadas) :: Wuduk sah, tapi tak terangkat hadas (dah memang takdak hadas)
�� pada makna MENGHILANGKAN NAJIS
�� lepas buang air besar, basuh banyak kali walau najis dah hilang
�� Alat² bersuci
1. Air
2. Tanah
3. Batu (seangkatan dengan batu seperti tisu, daun, etc)
����
��Bahagian Air ��
1. Air yang suci lagi menyucikan
● air hujan, air sungai, laut, telaga, perigi, mata air,.....
● bersalahan dengan air berperisa spt kopi, sirap (suci tapi tak menyucikan)
2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi MAKRUH
● yang kita rasa mungkin memudaratkan
● air yang panas akibat terdedah kepada matahari
● air dalam bekas besi / serupa sifat cthnya aluminium (bekas yang kalau diketuk dengan tukul, tidak akan pecah tetapi berubah bentuknya seperti kemek).
● Bekas emas, perak, kaca atau plastik TAK TERMASUK. Jadi tak makruh
● air di negeri yang sangat panas/ sangat sejuk
● kalau YAKIN MEMUDARATKAN maka HARAM airnya digunakan
● digelar air musyammas
3. Suci tapi tak menyucikan
● digelar air mustakmal
● air yang dah digunakan untuk bersih najis
● Air yang bercerai dari anggota wuduk yang wajib
● air yang bercerai dari air mandi hadas besar
�� Kaedah Fiqh (Mazhab as-Syafie) :: المشقة تجلب التيسير al-masyaqqah tajlibul taisir - Yang susah menarik menjadi mudah ��
Nak menghilangkan najis, PERTAMA, kena hilangkan ainnya
1. Bau
2. Warna
3. Rasa (sentuhan)
Kemudian jirus air lagi sehingga tidak berubah sifat air (warna dan jisim)
❗Air yang berubah warnanya kerana sudah lama tersimpan bertakung masih dikira air mutlak
Moga bermanfaat ❤