19 DISEMBER 2015 | SABTU
MASJID AT-TAQWA, GITA
Muka surat 4
MAKSUD
2. Dari bahasa Arab:
- Menggosok gigi dan sekeliling gigi (gusi, lelangit & lidah)
-
MARTABAT / PERINGKAT BERSUGI
1. Paling afdhal - kayu araq (Yang banyak dijual di kedai)
- kajian doktor, kayu araq adalah sebaik2 alat utk gosok gigi kerana kandungan fluorida semulajadi
- bakteria tidak dapat hidup di kayu araq kerana fluorida semulajadi tu
2. Pelepah tamar
3. kayu pokok zaitun - lebih halus dari kayu araq dan lebih keras
4. Apa saja kayu yang ada bau2an
- cth: Kayu cengkih etc KECUALI kayu gaharu (boleh mendapat penyakit juzam/kusta
5. kayu-kayu lain
HUKUM-HUKUM BERSUGI
- Wajib - apabila sugi itu menghilangkan najis atau bau2an yang tak elok
- kalau solat dengan najis dalam mulut boleh membatalkan solat kerana menanggung najis (cth: darah dalam mulut yang hanya boleh dihilangkan dengan bersugi)
- antara contoh lain bau mulut ialah bau bawang (mentah) - malaikat tak mahu dekat
- Menghilangkan bau busuk dalam mulut untuk menunaikan solat Jumaat
- INGAT! Jangan hisap rokok sekurang2nya satu jam atau lebih sebelum solat Jumaat.
- apabila nazar bersugi
Nazar melakukan yang sunat - wajib buat dan dapat ganjaran pahala
Nazar melakukan yang harus - wajib buat tetapi sia2 (tak dapat pahala - cth seorang yang nazar akan berlari dari Stdm Shah Alam ke Stdm Darul Aman kalau pasukan Kedah menang)
Selingan : Bola sepak hukumnya haram aridhi - haram KALAU membuka aurat dan berniat sepak orang
2. Sunat (Hukum asal) - pada setiap hal
- Sunat muakkad (nak baca al-Quran, nak solat, nak tidur - ambil wuduk sebelum tidur, nak berwuduk, nak baca hadis atau kitab2 syariat, hendak berzikir)
- bersugi dengan kain yang kesat tetap dapat pahala
3. Makruh - bagi orang yang berpuasa (wajib/sunat) setelah tergelincir matahari (selepas masuk Zohor)
- Qaul muktamad bagi mazhab Asy-syafie kecuali Imam An-nawawi (Imam Nawawi mengatakan boleh bersugi bila2 masa)
4. Khilaful aula’ (Menyalahi yang utama)
- Bersugi dengan kayu sugi orang lain dengan keredhaannya (Aulanya seorang satu sugi). KECUALI mengambil berkat (daripada orang alim). Ambil berkat (tabaruk) hukumnya sunat hatta dengan najis sekalipun.
5. Haram - bersugi dengan sugi orang lain tanpa kebenarannya / tak tahu tuan punya redha atau tida
- Hawa yang datang dari perut, apabila berdiam terlalu lama, makan makanan yang berbau, bangun dari tidur, gigi menjadi kering. (Ada sebuah hadis membayangkan bahawa bau mulut yang dimaksudkan haruman kasturi di sisi Allah SWT ialah bau di waktu petang)
♥️ Rasulullah ﷺ bersabda, susah roh hendak keluar, sugikan. Kalau susah juga , baca surah ar-Ra’d supaya roh senang keluar.
❓Bagaimana hendak melembutkan hujung kayu sugi?
- Pada malam hari Rasulullah ﷺ merendam hujung kayu suginya semalaman untuk melembutkan hujungnya
CARA-CARA
- Jari kelingking di bawah
- Jari manis, tengah dan telunjuk di atas
- Ibu jari di bawah
- Dapat PAHALA bersugi kalau pegang ikut sunnah, bersugi pun dpat pahala, ikut kaifiat Rasulullah ﷺ dapat pahala
Cara gosok
- Mula belah kanan atas, tarik ke kiri. Turun ke bawah dan tarik ke atas
- Ada yang buat bentuk ∞ (sunnah juga)
- Baca doa bersugi sebelum bersugi
- Gosok lidah (atas bawah)
Allah SWT takkan azab kita kalau ada Rasulullah ﷺ di hati kita. Maka hidupkan amalan sunnah