"Setiap Surah bila Ar-Rahman bertemu dengan Ar-Rahim, mesti Rahman sebelum Rahim. Maknanya jika seorang nak berdoa kepada Allah di dunia ini, berdoalah dengan Nama-Nya Rahman. Sebab Rahim itu Khusus untuk Hari Akhirah. Sebab kita berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى pada Hari Akhirah; "Ya Rahim Ya Rahim Ya Rahim, bukan Ya Rahman."
"Kerana itu, Allah mendahului Rahman atas Rahim dalam semua Al Quran. Bahkan Rahman adalah nama yang umum untuk semua Ummat, daripada zaman Nabi Adam sehingga Hari Akhirah, sedangkan Rahim itu nama khusus untuk Ummat Nabi Muhammad ﷺ."
"Sebab itu Allah lambatkan Rahim bawah Rahman, kerana kita Ummat Terakhir. Di zaman Nabi Musa عليه السلام, ada seorang perempuan datang jumpa Nabi Musa dan dia berkata kepada Nabiyullah; Wahai Yaa Nabiyullah, doakan saya, mintalah daripada Allah bagi saya zuriat."
"Kemudian Nabi Musa bermunajat terus kepada Allah سبحانه وتعالى tanpa Wasitoh perantara, Ya Allah bagilah perempuan itu zuriat. Kemudian Allah Berfirman kepada Nabi Musa; "Wahai Ya Nabiyullah sesungguhnya Aku sudah tulis disisi Aku, dia seorang yang mandul."
"Kemudian Nabi Musa jumpa dengan perempuan itu dan berkata, sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى Berfirman; "Yang kamu seorang yang mandul dan tak boleh beranak. Tahun depan kemudian, perempuan itu datang lagi tak putus asa dan minta perkara yang sama kepada Nabi Musa."
"Nabi Musa pun berdoa; "Ya Allah berikan perempuan itu Zuriat. Allah Berfirman; "Wahai Musa, sesungguhnya Aku sudah Tulis disisi Aku dia seorang Mandul. Nabi Musa pun bagitau perempuan itu yang dia mandul. Lepas tu dah berapa lama kemudian, sangat lama."
"Dia datang jumpa Nabi Musa, tapi dia bukan seorang, bersamanya ada bayi baru lahir. Terus Nabi Musa bertanya, siapa bayi ini? Wahai Nabiyullah inilah anak aku. Nabi Musa hairan dan terus call Allah. "Wahai Yaa Allah, bukankah kamu cakap dia seorang mandul yang takboleh beranak?" Jawab Allah; "Wahai Nabiyullah, Aku tulis disisi Aku dia seorang mandul."
"Tetapi dia berdoa kepada Aku dengan nama Aku Ya Rahman, dan ketahuilah Wahai Ya Musa sesungguhnya Rahmat Aku mendahului Takdir-Ku.
Daripada Hadith ini kita dapat tahu satu Faedah. Tidak ada sesiapa yang berdoa kepada Allah dengan Nama Nya Rahman dan penuh keyakinan kepada Allah melainkan Allah سبحانه وتعالى Qabulkan doanya dan tunaikan hajatnya."
Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf