"Kematian ialah fakta, perkara yang nyata yang tak seorang pun akan terlepas daripadanya. Tak seorang pun daripada kita yang tak pernah melihat kematian baik pada haiwan atau manusia. Semua yakin bahawa kematian itu wujud. Namun sebahagian orang mengatakan kematian itu sebagai penghujung kehidupan khalas."
"Akan tetapi bagi orang yang beriman, kematian merupakan permulaan kehidupan yang sebenar. Jadi, di dalam hidup ini ada pra-kematian iaitu di dunia, saat ketika kematian dan keadaan setelah kematian. Semua yang bernyawa akan mati, tetapi yang perlu kita ambil berat ialah - keadaan bagaimana kita mati."
"Dan apakah keadaan kehidupan kita setelah mati, dan ini semua bergantung kepada bagaimana kita telah hidup. Kehidupan jadi penentu kepada saat kematian, dan kehidupan selepas kematian. Sama ada kita hidup enam puluh tahun, atau tujuh puluh tahun, umur purata umat Nabi Muhammad ﷺ ialah antara enam puluh tujuh puluh tahun."
"Masa yang pendek ini ialah modal yang Allah beri untuk kita petik buahnya dalam kehidupan yang tidak punya pengakhiran atau sempadan. Oleh kerana yang demikian, Nabi Muhammad ﷺ menyuruh kita bijak berfikir dengan akal yang waras agar menghittung umurnya, dan beramal untuk hari akhirat."
"Ini barulah professional, pintar! Tetapi orang yang jahil ialah orang yang ikut hawa nafsunya, dan berharap dapat ganjaran besar dari Allah سبحانه و تعالى. Orang ini bermimpi di siang bolong hari! Tidak mahu beramal tapi mengharapkan pemberian dari Allah سبحانه و تعالى. Kehidupun ini realit dan bukan khayalan."
"Suatu hari Saidina Ali bin Abi Talib r.a, lalu bersama sahabatnya di kawasan kubur, dan berkata; "Wahai ahli kubur, sesungguhnya pasangan kamu telah berkahwin dengan orang lain. rumah kamu orang lain sudah duduk, harta kamu sudah diberi kepada orang lain. Ini berita kami dari dunia, tetapi apakah berita kamu dari alam sana?”
"Saidina Ali ketika bercakap begitu bukanlah untuk mendengarkan jawapan tetapi adalah untuk menyampaikan mesej. Saidina Ali ingin beri pelajaran kepada orang yang bersamanya, agar mereka melihat kubur itu sebagai tempat mereka akan masuk ke dalamnya juga nanti."
"Maka, diingatkan tentang pasangan, harta sudah di ambil orang lain. Apa yang Saidina Ali ingin tahu? Apa yang diinginkan ahli kubur setelah umur atau harta tidak lagi pada mereka. Kalau diizinkan untuk ahli kubur menjawab, maka mereka akan mengatakan; “Sebaik-baik bekal ialah taqwa.”
"Yakni, wahai sahabatku, temanku, sebelum nasib untuk kita masuk dalam kubur itu datang, ketika harta dan keluarga kita pergi kepada orang lain, dan kita masuk kubur seorang diri, apakah yang akan menemani kita di barzakh nanti? Hanya taqwa dan amal yang soleh yang akan ikut. Tiga perkara akan ikut mayat hartanya, keluarganya, amalnya, tetapi semuanya akan balik kecuali amalnya."
"Kematian ialah satu kenyataan, jadi yang perlu kita ingatkan diri kita ialah keadaan ketika meninggal dunia. Para Anbiya meminta mati dalam keadaan Islam, dan minta dikumpulkan bersama orang soleh. Pesan Nabi Ibrahim عليه السلام, Nabi Yaakub عليه السلام; “Jangan kamu mati kecuali dalam keadaan musleh Islam.”
"Bagaimana dipesan sebegini sedangkan mati bukan dalam tangan kita? Maknya, ambillah asbab, yang dengan asbab itu seseroang boleh mati dalam keadaan Islam. Tiada asbab lain yang boleh membawa kepada mati dalam Islam kecuali amal ibadat kepada Allah سبحانه و تعالى, dan menghindari perkara yang dilarang Allah agar terhindar dari mati dalam suul khotimah, Wal iya zu billah."
"Apa hukum orang meminta mati? Kadang-kadang berlaku fenomena orang menghadapi masalah dalam hidup sehingga tidak mampu menghadapinya, dan mengambil keputusan yang tidak berdasarkan akal yang waras seperti bunuh diri, Wal iya zu billah. Dalam hal ini, Rasulullah ﷺ bersabda, “Jangan sesekali kamu minta mati kepada Allah سبحانه و تعالى.”
"Sebab apa? Kalau dia orang baik, umur yang diberi Allah boleh menambah ganjaran untuk di sisi Allah سبحانه و تعالى. Kalau dia orang tidak baik, umur perlu digunakan untuk bertaubat kepada Allah, yang kalau dia tidak bertaubat, dia akan dihukum oleh Allah سبحانه و تعالى atas dosa-dosanya. Maka, tidak boleh meminta mati."
"Jadi, kalau perlu juga minta mati adalah dengan sebab yang munasabah seperti yang diajarkan Rasulullah ﷺ; “Ya Allah, aku mohon ilham untuk berbuat baik, meninggalkan perkara mungkar, suka kepada orang-orang yang miskin. Dan bilamana Engkau mentakdirkan fitnah yang mencabar akidah berlaku, cabutlah nyawa saya sebelum saya terkena fitnah itu.”
"Di sini, Rasulullah ﷺ meminta doa mati dengan bersebab yang mencabar agamanya. Fitnah yang besar boleh menyebabkan seseorang mengorbankan agamanya dengan sehina-hina benda keduniaan. Semoga Allah lindungi kita, inshaAllah."
"Jika terpaksa juga meminta mati, berdoalah, “Ya Allah, matikan aku jika mati mendatangkan kebaikan padaku. Hidupkan aku jika hidup membawa kebaikan kepadaku.” Yakni, serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik. Al-Imam Al Haddad menyeru kita mengambil berat untuk mencari asbab agar mati dalam keadaan Islam, kerana hanya Islam agama yang Allah redhai."
"Membunuh diri hukumnya haram dan berdosa besar, tetapi Allah سبحانه و تعالى telah melapangkan jalan untuk mati dalam keadaan Islam. Apakah jalan itu? Sekiranya dia ingikan demikian yakni mati dalam Islam, maka hendaklah dia menjalankan perintah yang diwajibkan ke atas dirinya, serta menurut petunjuk Allah سبحانه و تعالى."
"Itulah memilih mati dalam Islam. Rasulullah ﷺ mengajarkan kita untuk minta mati dalam husnul khotimah. Moga-moga Allah anugerahkan kita mati dalam husnul khotimah. Amin Allhumma Amin. Baginda mengajarkan sebab untuk kita dianugerahi meninggal dalam husnul khotimah."
"Dalam hadis Rasulullah ﷺ diriwayatkan bahawa syaitan yang terkutuk akan berkata, “Aduh, orang yang memohon husnul khotimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Celaka! Bilakah dia mahu membangga-banggakan amalannya. Aku khuatir dia telah tahu tipu-dayaku.”
"Yakni, syaitan merasa sakit kalau ada orang minta husnul khotimah, kerana usahanya adalah untuk mematikan orang keadaan suul khotimah, Wal iya zu billah. Syaitan akan berusaha untuk halang manusia untuk buat baik bkn ketika sihat saja, tetapi ketika sakaratul maut pun, syaitan akan terus mengganggu, walaupun dia orang yang baik, soleh.
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.