"Sembayang yang tepat pada waktunya"
"kemudian amalan apa?"
"Kemudian apa lagi?"
"Kemudian berjuang di jalan Allah"
Tuan Guru mengatakan, mereka yang mahu khuruj 3 hari ka 40 hari ka, seumur hidupnya ka, mesti mendapat restu persetujuan kedua ibu bapa dahulu.. kenapa? Kerana hak mereka itu lebih didahulukan daripada dakwah atau tuntutan2 yang lainnya.....
Dikisahkan seorang yang datang dari Yaman datang berjumpa Rasulullah SAW untuk berkhidmat setia dengan Rasulullah SAW... "Saya datang semata2 untuk membantu Rasulullah SAW.."
"apakah kedua ibu bapamu masih hidup?"
"Ya.."
"Kembalilah kamu ke sana dan berbaktilah kepada ibu bapamu...(berjihadlahbdengan berbakti kepada kedua ibu bapamu)"
_____________
TG Syeikh Nuruddin Marbu alBanjari alMakki
Kuliah Maghrib, 21 Februari 2015