Oleh Maulana Ahmad Lutfi Muharram Ahmad Lutfi Abu Faqeh
Jika ditanya pula ada mufti yang menghukumnya sah. Jawaban saya beliau bertanggungjawab atas apa yang difatwa sekiranya beliau berpuashati dengan dalilnya dan bersedia menjawab dihadapan Allah atas fatwanya maka silakan .
Jika ditanya bagaimana jika saya telah melakukan nikah online.
Jawabannya
Perlu ulang semula akad nikah dengan bapa mertua bersama dua saksi ketika kamu bersama dengan bapa mertua .
Saya bertanggungjawab atas jawaban saya dan sedia menjawab dihadapan Allah
Jika ditanya apa solusi untuk bernikah juga dalam tempoh PKP ini
1. Jika selepas akad nikah pasangan pengantin tidak dapat bertemu melainkan apabila PKP tamat maka tiada sebarang dharurat untuk nikah segera dengan cara online
2. Jika selepas akad nikah mereka boleh bertemu walaupun dalam tempoh PKP ,maka soalannya mengapa pula mereka tidak boleh bertemu semasa akad nikah
3. Pihak jabatan agama boleh mengeluarkan surat kebenaran nikah yang akan ditunjukkan oleh pengantin yang akan melakukan pergerakan supaya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa
4. Atau pihak pengantin atau wali mewakilkan seseorang untuk melakukan ijab atau qabul atau kedua2 nya sekali