Semalam (16/2/15), alhamdulillah dapat hadir Jalsah Isnin di Putrajaya. Talaqqi hadis dengan Habib Ali al-Hamid hafizahullah.
# Hadis 75 (m/s: 37).
---------------------------
1. Ilmu Agama akan dicabut dengan dimatikan para ulama'.
2. Kejahilan terserlah.
3. Fitnah (dalam agama) berleluasa.
4. Banyaknya الهرج (harj membawa kepada 2 maksud; pembunuhan sesama umat Islam & pendustaan atas nama agama).
- Semua di atas saling kait mengait ==> Apabila ulama' yang soleh meninggal dunia, maka lenyaplah ilmu. Apabila ilmu diambil, maka yang akan menggantikan tempat ilmu ialah kejahilan. Apabila kejahilan semakin kelihatan & ketara dalam mewarnai kehidupan manusia maka fitnah akan berleluasa seterusnya membawa kepada الهرج bermaharajalela.
- Bukankah anda sedang menyaksikan peristiwa di atas???
# Gambaran fitnah.
--------------------------
- Selain dari hadis di atas, Habib Ali ada membawa hadis yang lain. Namun kecuaian saya ialah saya hanya menulis القائم خير من الماشي sebagai keyword untuk cari matan hadisnya di dalam bahasa arab. Bila saya search, baru saya tahu Habib bawa beberapa hadis. Antaranya anda boleh rujuk hadis ke 2192 (m/s: 909).
- Saya pilih hadis ini. Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata;
"Sesungguhnya sebelum terjadinya hari kiamat akan berlaku berbagai fitnah (di mana fitnah ini) seperti potongan-potongan malam yang gelap gelita. Pada waktu pagi seseorang itu masih beriman, tetapi pada petangnya dia telah menjadi kafir. Pada masa itu orang yang duduk lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik dari yang berjalan & yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Oleh kerana itu, pecahkanlah kekerasanmu, potonglah tali busurmu & pukulkanlah pedangmu ke batu (jangan digunakan senjata untuk memukul atau membunuh manusia). Jika salah seorang di antara kamu terlibat dalam urusan (fitnah) itu, maka hendaklah dia bersikap seperti sikap terbaik di antara dua putera Nabi Adam (bersikap seperti Habil, jangan seperti Qabil)."
- HR Imam Ahmad rahimahullah.
# Apa TINDAKAN yang perlu anda lakukan?
-------------------------------------------------------------
P/S: SETIAP POINTS DI BAWAH ADALAH PENTING!!!
- Berdasarkan kepada hadis-hadis yang bercerita tentang fitnah akhir zaman, maka boleh disimpulkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم memperingatkan umatnya agar;
1. Mohon perlindungan kepada Allah.
2. Tiada lagi jalan yang dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah kecuali beriman kepada Allah & hari akhirat.
3. Bergabung dengan jemaah kaum muslimin sekalipun bilangannya tinggal sedikit.
4. Berusaha menjauhkan diri dari terlibat dalam fitnah yang berlaku.
5. Jangan gunakan senjata. Tahan diri dari berbunuhan sesama sendiri (Muslimin).
6. Jika sudah terlibat, maka contohi prinsip Habil. Beliau tidak membunuh walaupun akhirnya beliau dibunuh. Kerana berbunuhan seperti itu (sesama Muslim) hanya membawa ke neraka. Nauzubillahi min zalik.
# Nota mafhum.
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah sampaikannya."