"Allah Swt tawarkan kita taqwa. Apa yg Allah janjikan dgn taqwa itu? Sungguh banyak. Allah menjanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yg bertaqwa. Kalau itu sahaja tawaran Allah, sudah cukup untuk segala galanya. Tapi Allah tawar lagi. Bertaqwalah kamu kpd Allah, Allah hadiahkan kpd kamu ilmu."
"Jika kita lihat senarai janji Allah kpd orang orang yg bertaqwa itu sungguh banyak. Orang yang bertaqwa akan diganjar oleh Allah swt. Tapi kenapa kita tidak mahu ambil tawaran itu kpd Allah? Pada zaman Sahabat Radyiallahu Anhu' zaman Tabie'in dahulu, zaman ulama' sholihin dahulu, mereka sudah mengkaji bahawa orang orang yg bertaqwa itu mereka akan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid