Tapi kita boleh selamat di akhirat. Kalau kita hendak mendapat redha dan rahmat, nak mendapat selamat. Allah dah memberitahu caranya hendak mendapatkan kedua-duanya. Allah berfirman, 'Telah ada bagi kamu, pada diri Baginda Rasulullah ﷺ sebagai contoh tauladan yang terbaik bagi orang yang ingin mendapat rahmat dan redha daripada Allah, dan yang ingin untuk mendapatkan keselamatan di akhirat. Dan hendaklah dia zikir dengan sebanyak-banyaknya.'
Jalan untuk mendapatkan redha serta rahmat di yaumul kiamah nanti, adalah dengan menjadikan Nabi ﷺ sebagai role model, contoh tauladan di dalam kehidupannya.
Kita nak ajak pada malam ini, untuk banyak berselawat kepada baginda Rasulullah ﷺ. Sedangkan di luar sana juga, ada juga orang yang memanggil nama2 orang lain.. Tetapi mungkin juga nama2 orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Mungkin juga orang di luar sana sedang memanggil menyokong, tetapi kepada orang yang tak pernah sujud pun kepada Allah SWT.
Maka Alhamdulillah kita di sini telah dipilih oleh Allah untuk menyebut nama kekasih Allah, Baginda Rasulullah ﷺ. Yang mana nama ini apabila disebut, akan turun rahmat darpada Allah SWT. Yang nama ini apabila kita berselawat dan salam kepadanya, akan turun rahmat ALLah SWT. Selawat kita dan salam kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ dan Nabi sendiri pun akan menjawab salam kita.
Bukankah ini satu keuntungan, akan duduk dan berkumpulnya kita di majlis ini di malam ini. yang LISAN ini yang mungkin kalau tak kita duduk di sini, entah apalah kita gunakan? Agaknya kita gunakan untuk mengumpat dan memfitnah. Atau pun kita kaan menyebut nama yang lain. Atau mungkin kita akan mendendangkan lagu2 yang tak diredhai oleh Allah SWT.
Maka ALHAMDULILLAH...Dengan berkat majlis kita pada malam ini, lisan kita digunakan untuk membesarkan Allah... Lisan kita kita gunakan untuk menyebut nama kekasiNYA Baginda Rasulullah ﷺ.. Lisan kita, kita gunakan untuk berselawat dan salam kepada Nabi ﷺ. esemua lisan kita pada malam ini, adalah lisan2 yang nanti pada yaumul kiamah kesemua lisan ini akan ingin untuk menjadikan saksi dan syafaat kita di sana.
Kerana sesungguhnya dengan lisan ini kata Nabi, adalah menjadi sebab kepada seseorang itu akan masuk ke dalam syurga, dan ini juga lisan yang akan menjadi sebab untuk seseorang itu untuk masuk ke dalam neraka. Gunakan lisan kamu untuk belajar zikir kepada Allah, berselawat kepada bagin Rasulullah ﷺ, dan bercerita tentang baginda Rasulullah ﷺ."
Habib Naqjamuddin bin Othman al-Khered
12042015 MALAM CINTA RASUL
PORT KLANG