Orang2 yang soleh itu telah rasa menyesal akan detik2 yang telah berlalu tanpa mengisi di dalamnya makna ketinggian di sisi Allah SWT... tidak diisi di dalamnya makna ketinggian darjat di sisi Allah SWT...
Apabila mereka melakukan perkara yang harus, di mana mereka terlupa menyertakan niat, di mana dengan niat itu boleh menukar perkara harus itu menjadi ibadah, maka mereka menyesali dan istighfar dengan berlalunya waktu tadi tanpa peningkatan di sisi Allah..Tanpa diisi dengan makna ibadah..Mereka faham akan maksud kita diciptakan oleh Allah SWT ialah untuk beribadah dengan Allah SWT... Maka setiap detik dan setiap saat itu perlu diisi dengan makna ibadah...
Ulama telah menerangkan bawaha ibadah itu tidak terhad kepada solat, tidak terhad kepada puasa, tidak terhad kepada baca al-Quran semata-mata, tapi pada setiap perbuatan kita... Setiap perkara yang harus, makan minum rehat kita, belum kita ikatkan dengan makna ibadah.
Allah telah berfirman, (Maksud)"Tidak KAMI ciptakan jin dan manusia selain daripada untuk beribadah kepada Allah SWT.."
Maka kita pagi2 keluar mencari rezeki, mencari nafkah, kita drive kereta kita pergi ke pejabat, ke sekolah, ke kilang,dengan niat, "Ini adalah perintah Allah SWT untuk untuk hidupkan sunnah Nabi ﷺ iaitu berusaha di atas asbab, mengusahakan mencari nafkah yang halal, untuk keluarga saya, untuk anak saya, isteri saya." Makanan dan juga suapan yang masuk ke dalam diri mereka,menjadi daging2 yang tumboh, menjadi darah mereka, menjadi lemak mereka adalah daripada sumber2 rezeki yang halal...
Maka seorang yang berniat kerana Allah SWT, makanya menjadi ibadah. Bila seseorang tidak mengikat mana2 perbuatan harus dengan niat, dengan adab, dengan akhlak, dengan syariat maka ianya tidak menjadi ibadah...
Seorang jika berniat mencari rezeki kerana Allah SWT, tetapi mencampur adukkan dengan perkara haram... Mungkin untuk melariskan barangnya, seperti iklan yang haram, penyelewengan yang bertentangan dengan syariat, maka ianya tidak lagi dipanggil ibadah, WALAUPUN niatnya baik...Niat tidak menghalalkan matlamat... Niat tidak menghalalkan cara...
Bila seseorang itu berniat melakukan perkara kerana Allah SWT, maka perbuatannya harus itu adalah di atas landasan syariat...
orang yang bersukan, orang yang beriadah, maka niatkan ianya untuk kesihatan dan kekuatan untuk beribadat kepada Allah SWT, supaya mendapat tuuh yang sihat... Ini adalah hak kepada Allah SWT... Seseorang yang tidak membuat niat, makanya ia tidak menjadi ibadah... tetapi jika dia berniat, dia akan mula perhatikan supaya lama2 menjadi ibadah yang sempurna. Dia mula memerhatikan syariat...
Apabila dia memakai seluar pendek, tidak menutup aurat, maka ia tidak lagi dipanggil ibadah... Jadi kena ikat dengan niat an juga syariat... Dan kesempurnaannya diatasnya oleh adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ...
Sebelum tidur, hendaklah berniat dengan tidur ini untuk mendapat kekuatan untuk lebih bertaqarrub untuk lebih beribadat kepada Allah SWT...Bersama itu, diajarkan adab oleh Rasulullah ﷺ. Doa sebelum tidur, tidur terlentang atau mengiring ke kanan.. kalau seseorang itu mengiring sebelah kiri, maka bertentangan dengan adab Rasulullah ﷺ. Dapat pahala ibadah tapi tidak smepurna adabnya...
Begitu juga makan dan minum.. Ada adab2 yang perlu kita perhatikan dan telitikan supaya setiap masa kita diisi dengan makna ibadah..."
Guru hati
Ustaz Iqbal ZAin al-jauhari
Kuliah Subuh | 13 Jun 2015 | Masjid At-Taqwa Kpg Gita