Ustaz Iqbal Zain
MEMAHAMI ISYARAT CINTA ILAHI
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Wahai anak muda! Waspadalah jika Allah melihat di dalam kalbumu ada selain Diri-Nya. Waspadalah bahawa Allah melihat di dalam kalbumu ada rasa takut kepada selain Diri-Nya, ada harapan kepada selain-Nya, dan ada kecintaan kepada selain kepada-Nya.
Wahai anak muda! Ingatlah bahawa segala sesuatu yang kau lihat berupa wajah-wajah yang disanjung dan kau cintai adalah cinta yang palsu, yang menyebabkanmu dikenai hukuman. Sebab, cinta yang benar dan tidak akan mengalami perubahan adalah cinta kepada Allah Azza wa Jalla. Dialah yang seharusnya kau lihat dengan kedua mataharimu. Itulah cinta orang-orang Siddiq yang dipenuhi limpahan kerohanian.
Mereka tidak mencintai dengan keimanan, tetapi dengan keyakinan dan kesaksian. Hijab mereka tersingkap dari matahatimu sehingga engkau melihat perkara-perkara yang ghaib. Engkau melihat apa yang tidak mungkin dapat mereka jelaskan!”
--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani
SILA SHARE DAN SEBARKAN