Dari nota Facebook Raudhatul Muhibbin
"Fadhilat istighfar ini terlalu besar.
Sebab itu ketika mana datangnya seorang lelaki kepada Saidina Ali r.a. bertanya menceritakan mengenai permasalahannya dan apa yang perlu dia buat. Maka Saidina Ali r.a. mengatakan istighfarlah. Kata lelaki tersebut; "Saya nak anak lelaki." Dijawab Saidina Ali; "Beristighfarlah kamu. Istighfar." Saya berniaga tidak untung. Dijawab oleh Saidina Ali "Istighfarlah kamu."
Sepertimana di dalam Surah Nuh. Nabi Nuh a.s menawarkan kepada kaumnya yang ingkar tak mahu dengar kepada Nabi Nuh sehingga Allah سبحانه وتعالى menurunkan azab."
"Adakah kita tahu azab pertama yang diturunkan kepada kaum Nabi Nuh a.s. sebelum banjir apa? Iaitu ditahan zuriat. Tiada langsung anak yang lahir setelah mereka ingkar kepada Nabi Nuh a.s. Allah tahan dan Allah سبحانه وتعالى tahan hujan. Tak ada hujan yang turun kemarau bertahun-tahun."
"Sebab itu ketika mana Nabi Nuh a.s. menawarkan kepada kaumnya "Beristighfarlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Yang mana Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan kepada kamu hujan dan akan diberikan kepada kamu anak-anak lelaki dan akan diberikan kepada kamu rezeki-rezeki ditumbuhkan kepada kamu daripada tumbuh-tumbuhan."
"Itu tawaran yang diberikan oleh Nabi Nuh a.s kepada kaumnya sekiranya mereka itu bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى tetapi ingkar juga tak mahu juga. Punya degilnya dah nampak apa yang berlaku pun tak nak bertaubat. Sebab itu kata Saidina Ali r.a. Tengok dalam ayat ini Allah kata Allahسبحانه وتعالى akan turunkan hujan. Dia nak rahmat. Allah turunkan dengan istigfar. Dia nak anak, maka dengan istighfar juga Allah سبحانه وتعالى akan diberikan kepadanya anak."
"Kemudian dia nak rezeki. Allah kata dengan istighfar juga akan diberikan dia rezeki yang ditumbuhkan daripada tumbuh-tumbuhan. Jadi aku cakaplah kepada mereka semuanya adalah Beristighfarlah, beristighfarlah, beristighfarlah. Sebab apa? Sebab di antaranya juga kerana doa seseorang itu, permintaan seseorang itu, rezeki seseorang itu akan Terhalang dengan dosanya."
"Sebab itu kita ini di antara yang perlu kita faham dari peranan Istighfar bukanlah hanya semata-mata kerana rezeki. Bukan semata-mata kita mengharapkan daripada zuriat. Bukan semata-mata kita mengharapkan daripada sudut habuan duniawi. Akan tetapi sebenarnya ketika kita beristighfar adalah kerana kita nak supaya kita ini diangkat dari terhalang untuk beramal. Kenapa kita ini susah dan berat sangat untuk nak beramal?"
"Kita tahu kelebihan sesuatu amalan itu. Kita tahu kelebihan fadhilat dan besarnya ganjaran bagi orang-orang yang melakukan solat berjemaah, solat malam, hadir majlis ilmu dan sebagainya. Kita tahu semua itu dan bukan kita tak nak merebut mengambil peluang, manfaat daripada ganjaran-ganjaran yang disediakan itu."
"Akan tetapi kenapa kita ini tetap susah dan berat sangat untuk melaksanakannya,melakukannya,
mengamalkannya? Minta maaf cakap kerana dosa-dosa kita yang menghalangnya. Maka semakin berat kita ini susah nak beramal maka semakin banyaklah kita ini perlu untuk beristighfar kepada Allah dan memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى."
Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.