"Tiga perkara yang Nabi Muhammad ﷺ katakan kepada kita, iaitu ajarkan kepada anak anak kamu yang pertama sekali adalah cinta kepada Rasulullah ﷺ."
"Kerana seseorang yang cinta kepada Rasulullah ﷺ akan membawa kepada cinta kepada Allah سبحانه وتعالى. Gunakanlah apa sahaja medium, apa sahaja perantaraan yang boleh kita sampaikan kepada anak anak kita, anak anak muda kita, diri kita kepada cinta kepada Rasulullah ﷺ."
"Yang kedua adalah ajarkan kepada anak anak kamu cinta kepada ahlul baitku. Cinta kepada keluargaku. Keturunanku. Kerana ini kunci kekuatan bagi setiap umat bagi setiap zaman. Rasulullah ﷺ meninggalkan keturunannya yang ramai. Mereka membawa genetik Rasulullah ﷺ."
"Mereka meneruskan misi Rasulullah ﷺ. terutama kepada keturunan ulama ahlulbait dan keturunan Rasulllah. Mereka adalah pejuang sunnah disetiap zaman. Mereka akan wujud sehingga hari kiamat. Cinta kepada keturunan Rasulullah ﷺ. Ajarkan kepada anak-anak kita."
"Kemudian yang ketiga adalah cinta kepada Al-Quran. Ajarkan kepada anak-anak kamu cinta kepada Al-Quran. Pautkan mereka dengan Al-Quran. Ketiga-tiga formula ini diberikan oleh Rasulullah ﷺ kita lepaskan anak kita kemana sahaja diluar negara mereka belajar luar negara mereka akan pegang dengan agama Allah سبحانه وتعالى. bilamana formula ini diterapkan sejak daripada kanak kanak lagi."
"Jika kecintaan ini tidak ada, mereka pergi dimana tempat meraka belajar jika tidak ada kekuatan agama maka mereka tidak solat. mereka tinggalkan solat. Ramadhan datang, mereka tinggalkan puasa. Disana ada kelab malam, disana ada arak, disana ada bermacam macam pengaruh dan unsur yang jahat."
"Jika tidak ada kekuatan iman, kekuatan agama, tidak ada ilmu yang mana kunci nya telah diberikan oleh Rasulullah ﷺ adalah kecintaan. Kerna ulama mengatakan cinta yang ada didalam diri manusia ini adalah motivasi yang utama, motivasi yang terkuat untuk menjaga dirinya dalam ketaatan dan menjauhkan dirinya daripada dosa dan maksiat."
"Antara Nasihat Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Ayyuhal Walad. Yang pertama. "Wahai Anakku. Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama dikalangan penuntut ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi."
"Dia mengira didalam ilmu yang tak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsul-filsuf. Dia tidak tahu bahwa ketika ada pada seseorang ilmu, maka ada yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah ﷺ; “Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu.”
"Yang kedua, "Wahai Anakku. Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan bekerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika disuatu medan pertempuran ada seorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindungi dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkan?"
"Tentu saja tidak akan menolong, kecuali diangkat, dipukulkan dan ditikamkan. Demikian pula jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah."
"Yang ketiga, "Wahai Anakku. Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari materi dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau."
"Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulallah dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, “Biarpun kantuk menyiksa mata, Akan percuma semata-mata jika tak kerana Allah سبحانه وتعالى semata."
"Yang keempat, Wahai Anakku, Hiduplah sebagaimana maumu, namun ingat! bahwasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun ingat, engkau pasti akan menerima balasannya nanti. Ikhlaskan hati dalam apa sekali pun kerana Allah سبحانه وتعالى, kerana Allah سبحانه وتعالى memandang Hati-hati manusia."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.