Sahabat ra mengambil daripada Rasululla SAW, generasi tabi'in mengambil akhlak itu daripada sahabat, tabi't tabi'in mengambil daripada generasi tabi'in, generasi murid tabi'ut tabi'in mengambil daripada guru mereka, dan akhlak itu turun menurun berantaian secara bersanad sehingga kepada guru kita, masyaikh kita, para habaib kita. Mereka telah mewarisi akhlak tersebut. Mereka bukan sahaja telah mewarisi ilmu. Tetapi ilmu ini juga datang bersama adab dan akhlak.
Ilmu bukanlah ilmu jika tidak bersmaa adab dan akhlak. Ia tidak dipanggil ahli ilmu jika orang itu berilmu tetapi tidak disertakan dengan adab dan akhlak. Dia bukan ahli ilmu. Dia ahli maklumat. Mempunyai perbezaan yang besar diantara maklumat dengan ilmu.
Ilmu yang hakiki ialah ilmu yang bersambung, berantaian yang mempunyai sumber, mempunyai kesan, mempunyai impak rohani yang besar dalam rantaian emas sehingga kepada Rasulullah SAW.
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
Rehlah Mahabbah
Maahad al-Makkiy Lil Tafaqquh Fiddin
05042015