Kehidupan makhluk berada dalam dua keadaan, samada kita dapat nikmat atau kita dapat musibat.
Allah akan tunjukkan sifat Jamalat, iaitu sifat keindahan, sifat elok, pemurah, kesempurnaan. Maka dituntut kita untuk beradab kepada Allah iaitu, menambah khidmat, tambahla apa2 khidmat untuk Allah, walaupun bekhidmat kepada makhluk tapi untuk Allah. Atau menambah kualiti dalam ibadah.
2. Musibat
Allah akan tunjukkan sifat Jalalat. Ketika ini dituntut kita untuk beradab kepada Allah dengan berasa rendah diri, berasa dalam genggaman Allah, berasa diri hanya seorang hamba yang bergantung hanya kepada Allah.
Tujuannya kita berada dalam kedua2 keadaan ini adalah untuk kita mencapai satu keadaan dinamakan (Istilah Arabnya ana lupa) 'kesempurnaan rasa bersungguh berhajat kepada Allah SWT'.
Abu Zulfaqar
3 April 2015