Imam Al-Ghazzali (505H) menyebutkan bahawa puasa itu ada 3 tingkat iaitu (a) Puasa Umum, (b) Puasa Khusus dan (c) Puasa Khusus dari yang Khusus.
(a) Puasa Umum (Shawm al-‘Umum): Mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi syahwat keinginannya. Inilah puasa orang awam.
(b) Puasa Khusus (Shawm al-Khushush): Mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, kaki, tangan dan seluruh anggota tubuh lain daripada dosa. Inilah puasa orang-orang soleh.
(1) JAGA PANDANGAN o Tundukkan pandangan o Tidak melihat sesuatu yang haram/ makruh o Tidak melihat sesuatu yang melalaikan hati daripada ingat kepada Allah o Mafhum hadith: Melihat yang haram seperti anak panah beracun. (Riwayat Al-Hakim, sahih isnadnya) o Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith dari Anas) (2) JAGA LIDAH o Tidak bercakap perkara lagha (sia-sia)
o Tidak bercakap bohong
o Tidak mengumpat
o Tidak mengadu domba
o Tidak berkata kotor
o Tidak berkata sesuatu yang membuatkan hubungan menjadi renggang
o Tidak berkata sesuatu yang membawa kepada permusuhan
o Tidak berkata sesuatu yang mengandungi riya’ (menunjuk-nunjuk). o Selalu berdiam diri (tidak banyak bercakap kecuali apabila perlu)
o Basahkan lidah dengan zikrullah dan membaca Al-Quran
o Mafhum kata-kata Mujahid (104H) dan Sufyan ath-Thauri (161H): Mengumpat merosakkan pahala puasa. o Mafhum hadith: Puasa benteng (dari nafsu jahat dan syaitan). Oleh itu, ketika berpuasa, janganlah berkata yang haram dan jahil. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
o Kisah dari hadith: Zaman Nabi, 2 perempuan berpuasa. Terasa terlalu lapar dan dahaga. Keduanya menghantar seseorang kepada Rasulullah , memohon keizinan berbuka. Rasulullah izinkan dan kirimkan sebuah bekas, minta keduanya muntah ke dalam bekas ini. Perempuan pertama muntah, keluar darah dan daging mentah, penuhi separuh bekas. Perempuan kedua muntah, keluar seperti itu juga, bekas jadi penuh. Orang ramai hairan. Rasulullah memberitahu bahawa kedua-duanya telah berpuasa daripada apa yang dihalalkan untuk kedua-duanya (makan minum halal, tetapi tidak boleh makan dan minum kerana berpuasa), tetapi berbuka dengan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kedua-duanya. Kedua-duanya mengumpat. (Riwayat Ahmad)
(3) JAGA PENDENGARAN
o Tidak mendengar sesuatu yang haram dan makruh
o Sesuatu yang haram diucapkan, haram juga mendengarnya
o Mafhum Al-Qur’an: Dosa orang yang mendengar (yang haram) sama dengan memakan sesuatu haram. (Surah Al-Ma’idah: 42)
o Mafhum hadith: Orang yang mengumpat dan yang mendengar umpatan sama-sama berdosa. (Riwayat Ath-Thobari)
(4) JAGA SELURUH ANGGOTA BADAN DARI SEGALA DOSA
o Tangan dan kaki, jangan melakukan perkara yang makruh
o Perut tidak makan makanan syubhah (tidak jelas halal haramnya) ketika iftar (buka puasa)
o Perumpamaan: Berpuasa (tidak makan) dari yang makanan yang halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram seperti seseorang yang membangun sebuah istana, tetapi meruntuhkan sebuah kota (sedangkan istana itu ada dalam kota).
o Mudharat makanan yang halal kerana terlalu banyak memakannya, bukan jenisnya. Tujuan puasa ialah untuk menyedikitkan makan.
o Perumpamaan: Seseorang yang tidak makan obat yang banyak kerana takut mudharat, tetapi kemudian makan racun adalah orang yang dungu.
o Mafhum hadith: Ramai yang berpuasa, tidak mendapat pahala, tetapi hanya merasa lapar dan dahaga. (Riwayat An-Nasa’i, Ibn Majah)
o Contoh berbuka dengan yang haram ialah mengumpat ketika sedang berpuasa kerana dosa mengumpat seperti makan daging saudaranya yang telah meninggal dunia.
Bersambung.....
SILA SHARE DAN SEBARKAN