Saidina Uthman menjawab, "Kerana ini adalah perhentian kita yang pertama. Perhentian paling kritikal dan crucial. Jika di sini selamat, bermakna alam2 seterusnya akan selamat. Jika di sini, alam barzakh tidak selamat, mka alam2 seterusnya akan lebih dasyat lagi, lebih pedih lagi. Maka aku melalui perkuburan, aku terfikir bagaimana nasib aku nanti di dalam kubur. kerana ini adalah perhentian pertama setelah kita menigngalkan dunia ini."
Dunia ini adalah satu bentuk ujian untuk kita. Allah akan melihat siapa diantara kita yang terbaik amalannya. Allah tidak bertanya siapa yang paling banyak amalan. Allah SWT tidak melihat pada kuantiti, tapi melihat kepada kualiti."
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
Rehlah Mahabbah Sarawak
04042015