Dari facebook Ustaz Yunan A Samad
Ketika kita bangun di waktu fajar untuk bersahur, sesekali elok juga kita keluar dari rumah dan melihat ke langit. Lihatlah di sekeliling kita apa sahaja yang ada pokok-pokok yang ditiup angin dan dengarlah kesunyian fajar itu. Rasailah tiupan angin yang menyejukkan, akan terasa ketenangan dan kedamaian hati di waktu fajar itu.
Kemudian hayatilah maksud Surah Al Baqarah ayat yang terakhir itu. Hayatilah rangkap rayuan memohon kemaafan dan keampunan kita kepada Dia yang Maha Pengampun.Rasailah betapa kerdilnya diri dan rasailah betapa hebatnya kekuasaan Allah swt yang menjadikan alam semesta ini.
Di waktu fajar yang sunyi sepi dan gelap itu mengingatkan kita kepada alam barzakh yang juga sunyi, sepi dan gelap itu. Suasana seperti itu cukup menginsafkan kita terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tak salah mencuba... cukup mendamaikan.