Digunakan dijalan Allah swt."
"Apakah yang akan kamu perkatakan kepada Allah Taala kelak?Adakah kamu malu untuk mengajak kepada kebaikan?Adakah kamu dengan Agama yang kamu pegang ini?Adakah kamu takut orang menjauhkan diri daripada kamu?Adakah kamu takut dikatakan macam baik sangat mahupun riak? Jikalau itu yang kamu takutkan maka ketahuilah bahawa nanti di hari kiamat akan ada yang lebih menakutkan lagi apabila kamu ditanya oleh Allah Taala dengan apa yang kamu lakukan ketika di dunia ini."
"Kamu mampu ajak orang kepada kebaikan tetapi kamu tidak melakukan.Kamu mampu untuk berkongsi ilmu,memberikan manfaat pada orang lain tetapi kamu tidak melakukannya. Akan tetapi perkara yang sepatutnya kamu takutkan adalah disaat kamu ditanya oleh Allah apa yang kamu lakukan untuk membantu agama Allah dan meneruskan dakwahnya Rasulullah ﷺ."
"Dan janganlah kita menjadi orang yang menghalang orang lain daripada melakukan,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sesuatu yang pelik yang terjadi pada hari ini ada orang yang dia tidak menyeru orang lain daripada melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran."
"Akan tetapi dia menghalang kebaikan dan mengajak kepada kemungkaran. Yang ini yang perlulah kita jauhkan.Kita hanya mengajak sahaja. Nak ikut ke tak nak itu terpulang pada diri masing-masing.Yang pasti kita jalankan tanggungjawab kita terlebih dahulu untuk mengajak orang kepada kebaikan agar kita tidak dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Swt nanti."
Kalam Al-Habib Naqjamuddin Othman Al-Khered