"Pada hari ini, ada sesetengah golongan yang ingin berdakwah. Mereka berdakwah tetapi dakwahnya hanya menceritakan ini dosa, dapat azab semua, masuk Neraka, ini tak boleh, itu tak boleh, ini bidaah, ini sesat, ini syirik, ini masuk neraka itu masuk neraka dan sebagainya."
"Jadi caranya adalah kita mengajak orang kepada kebaikan. Mengajak dengan hikmah. Dengan hikmah. Apabila cahaya itu sudah datang maka kegelapan itu akan hilang. Kemungkinan ada dua perkara yang berat iaitu mengajak kepada kebaikan dan menghalang orang lain daripada kemungkaran."
"Kebiasaannya, apabila kita mengajak orang kepada kebaikan maka secara automatik ianya dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan keburukan. Kerana apa? Kerana, bila cahaya dah masuk didalam hati seseorang itu maka hilanglah kegelapan. Nak melakukan kejahatan dan kemaksiatan akan menjadi susah baginya. Kerana didalam dirinya sudah disinari oleh cahaya kerana di dalam diri mereka ada perasaan takut kepada Allah Swt. Tidak akan rugi orang yang menyeru kepada kebaikan ini."
"Sebagaimana Rasulullah ﷺ bersabda di dalam hadith; "Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya juga mendapatkan pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut."
Daripada Ustaz Muhammad Ashraf Othman