Seorang yang membuka syarikat, dia melakukan asbab untuk mendapatkan keuntungan. Dan jika dia beriktikad bahawa, "Aku melakukan ini natijahnya mesti untung." maka apabila natijahnya dia tidak dapat keuntungan, dia akan berputus asa kepada Allah SWT. Kerana dia telah menetapkan bahawa company ini mesti untung. Maka apabila aianya tidak untung keadaan dirinya telah goyang daripada Allah SWT. Bagaimana iktikad?
Apa saja pekerjaan kita, kita buat yang terbaik. Asbab kita usahakan semantap yang boleh, tetapi natijahnya kita serah kepada Allah. Sama ada untung atau rugi, serah kepada Allah."
Ustaz Iqbal Zain al-jauhari
Rehlah Mahabbah
04042015